DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Muqaddimah “Motivasi buat pejuang Islam di Permatang Pauh – Suatu Catatan perjalanan”
Mengapa Tajuk ini? Tajuk ini timbul semasa dalam perjalanan penulis ke Kota Bharu dari Permatang Pauh. Tatkala berduyun-duyun manusia dari segenap pelusuk negara masuk ke lokaliti penulis untuk memeriahkan proses pilihanraya kecil, masa itu jugalah salah seorang amilin tempatan terpaksa meninggalkan medan pertempuran buat sementara waktu untuk melangsaikan sedikit urusan peribadi. Apa boleh buat, tiada pilihan lain! Semasa dalam perjalanan yang agak suram dek kerana cuaca mendung yang diselangseli oleh hujan sekejap-sekejap, timbul perasaan ini untuk menghasilkan suatu penulisan yang tak seberapa ini untuk tatapan dan barangkali motivasi untuk sahabat-sahabat yang memperjuangkan Islam khususnya buat para sahabat di Permatang Pauh dan umumnya buat semua. Fikiran kadangkala melayang-layang menerobosi awan mencari-cari idea untuk menjadi bahan penulisan. Melihatkan suasana masyarakat khususnya para amilin dakwah yang terlalu sibuk dengan tugasan yang bertindih-tindih di semua peringkat daripada cawangan sehinggalah ke peringkat pusat, juga di semua dewan daripada dewan pemuda ke dewan ulama, penulis merasakan perlunya ada suatu penggerak dalaman untuk memperkasakan lagi jemaah. Banyak buku motivasi yang ada dipasaran dewasa ini, namun kita kekurangan buku motivasi yang terkini untuk menjadi sajian para amilin dakwah dan jamaah. Dewasa ini, jemaah kita menerima suatu kekuatan sebagaimana yang di taqdirkan oleh Allah Taala. Tuntutan politik semasa yang memerlukan banyak masa dan tenaga kepada bahagian politik menyebabkan banyak peringkat kurang menitikberatkan proses tarbiyah dikalangan ahli. Kita perlu akui bahawa keahlian kita semakin meningkat dari masa kesemasa dan menjadi tugas kita semua untuk melahirkan ahli-ahli yang benar-benar mantap dari pelbagai sudut terutamanya dari segi keimanan kepada Allah subhanahu wataala dan kefahaman tentang dakwah dan jihad
MOTIVASI AMILIN 1 - Menjunjung Perjuangan Rasulullah.
Bukanlah matlamat penulis untuk mencatat suatu kitab sirah kerana diri ini bukanlah orang yang selayaknya. Cumanya ingin berkongsi sedikit bahan bacaan dan pengajian berkenaan sirah setelah hampir 30 tahun penulis menetap dibumi Tuhan ini. Lebih-lebih lagi kita ini yang mengaku diri kita sebagai pejuang Islam, apakah sebenarnya yang kita perjuangkan? Suatu persoalan untuk lontaran."Apakah sebenarnya yang kita perjuangkan?"
"Mengapa kita berjuang?"
"Bagaimana kita berjuang?"
Adakah dengan berdemontrasi itu namanya berjuang? Adakah dengan berteriak bertakbir selepas mendengar ceramah itu namanya berjuang? Adakah dengan menjaga parking sewaktu ceramah itu namanya berjuang? Adakah dengan hadir ke mesyuarat itu namanya berjuang? Cukupkah sekadar itu? Fikirkan... sama-samalah kita fikirkan.
Junjungan besar Nabi Muhammad adalah pelopor perjuangan Islam. Baginda berjuang berlandaskan wahyu Ilahi. Tiada amalan perbuatan baginda yang lari dari garisan wahyu Ilahi kerana bagindalah penunjuk dan pedoman buat ummat. Allah berfirman,
“Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu Yang berhubung Dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.”
(An-Najm; 3-4)
Nabi Muhammad ini bukannya orang biasa sepertimana yang diputarbelitkan oleh sarjana-sarjana berpemikiran orientalis. Nabi Muhammad adalah manusia agung. Menurut Ibnu Kathir, beliau menukilkan di dalam kitab tafsirnya bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah insan yang telah menyampaikan segala apa yang diperintahkan oleh Allah tanpa menambah dan mengurangkan apa-apa.
Imam Ahmad rahimahullahu ta’la meriwayatkan pula bahawa Abdullah bin Umar berkata bahawa, “Aku telah mencatat segala apa yang dibicarakan oleh baginda Nabi. Maka apabila pihak Quraisy mengetahui akan hal yang demikian, mereka mengejek dengan mengatakan, ‘bagaimana mungkin kamu menulis semua yang diperkatakannya sedangkan dia adalah manusia dan kadangkala bertutur sewaktu dia sedang marah.’ Kemudian, aku berhenti menulis apa yang disebut oleh nabi sehinggalah perkara ini diketahui oleh baginda. Lalu baginda bersabda,
“Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, setiap perkataan yang keluar dari mulutku ini adalah kebenaran.” Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud.
Menurut Said Ramadhan AlButi , semoga Allah merahmati beliau, di dalam kitab beliau 'Sirah Nabawiyah', sejarah adalah berbeza dengan sirah. Kita tidak namakan 'sejarah' apabila bercerita tentang Nabi Muhammad yang kita kasihi itu melainkan kita menyebutnya sebagai 'sirah'. 'Sejarah' atau dalam bahasa arabnya 'Tarikh' hanyalah menceritakan secara zahir sahaja apa-apa yang telah berlaku seumpama sejarah penaklukan kota Melaka oleh Portugis, sejarah pembunuhan JWW Birch, sejarah perjuangan Tok Janggut dan sebagainya. Semua itu adalah sejarah kerana ianya hanyalah catatan tarikh dan peristiwa semata-mata.
Manakala sirah nabawiyah pula, adalah penterjemahan kepada wahyu dalam bentuk praktikal. Nabi kadangkala menterjemahkan wahyu yang disampaikan oleh Allah kepada ummat adakalanya dalam bentuk pertuturan, adakalanya dalam bentuk perbuatan dan adakalanya dalam bentuk 'senyap tanda setuju'. Banyak peristiwa yang berlaku dizaman nabi disusuli dengan wahyu samaada wahyu dahulu diikuti dengan tindakan ataupun tindakan nabi yang diikuti dengan wahyu. Adakalanya wahyu itu membenarkan tindakan nabi ataupun menegur perbuatan nabi. Kita maklum akan hal itu.
Seumpama kita mendengar kisah Nabi Muhammad kekasih Allah dengan seorang sahabat yang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum. Allah menuntun nabi dengan wahyunya dalam surah Abasa,ayat 1-3.
“Dia memasamkan muka dan berpaling,Kerana ia didatangi orang buta.Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui (tujuannya, Wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama Yang didapatinya daripadamu)! -Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadaNya.
(Abasa; 1-3)
Semua yang berlaku itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri sebagai pedoman untuk kita Ummat Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam. Allahumma Solli Ala Muhammad... Ayuhlah kita perbanyakkan selawat kepada baginda.
Kesimpulannya, nabi Muhammad bukan insan biasa bahkan baginda adalah Rasul yang diutuskan Allah untuk mengajar manusia erti kehidupan. Wahai para amilin dakwah, Wahai para pejuang Islam sekalian, sudah jelaskah kita akan erti kehidupan ini?.
Tiada ayat motivasi yang lebih baik daripada ayat-ayat motivasi tuntunan Ilahi sepertimana yang tercatat dibawah:-
“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Al-Hadiid; 25)
Allah subhanahu wa ta’ala berbicara lagi kepada kita,
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
(At-Taubah;128)
Subhanallah..Begitu indahnya sifat baginda rasulullah. Baginda tidak pernah melihat ummat, namun baginda amat menyintai ummat. Sehinggalah hembusan nafas yang terakhir, baginda masih lagi risau akan keadaan ummat sehingga melupakan segala-galanya hatta isteri-isteri dan anak-anak baginda yang tercinta itu. Kalimah yang sering dituturkan oleh baginda sewaktu baginda hampir wafat ialah , “Ummati…Ummati…Ummati…” yang bermaksud, “Ummatku..ummatku… ummatku..” Bagaimana keadaan ummatku selepas pemergianku nanti? Ayat daripada surah At-Taubah di atas begitu mengusik jiwa kita. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang kasihkan ummat melainkan junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
Ayuhlah para sahabat, marilah kita bersama-sama menelusuri susur galur perjuangan baginda dan menerapkan didalam jiwa kita yang sebenarnya kosong ini. Cubalah kembali ke perenggan yang pertama dalam tajuk ini dan ulangi persoalan yang penulis lontarkan, khusus buat diri ini dan juga para pembaca sekalian.
“Apakah sebenarnya yang kita perjuangkan? Suatu persoalan untuk lontaran."Apakah sebenarnya yang kita perjuangkan?"
"Mengapa kita berjuang?"
"Bagaimana kita berjuang?"
Adakah dengan berdemontrasi itu namanya berjuang? Adakah dengan berteriak bertakbir selepas mendengar ceramah itu namanya berjuang? Adakah dengan menjaga parking sewaktu ceramah itu namanya berjuang? Adakah dengan hadir ke mesyuarat itu namanya berjuang? Cukupkah sekadar itu? Fikirkan... sama-samalah kita fikirkan.”

MOTIVASI AMILIN 2- Mengapa saya menyertai Perjuangan Islam berwadahkan PAS?
Sahabat seperjuangan,
Perkara pertama yang perlu kita tanya kepada diri ini, mengapa kita beserta dalam jemaah ini? Ada yang bersama jemaah ini kerana mengikut ibu dan ayahnya. Ada yang bersama dengan jemaah ini sejak dari bangku sekolah lagi. Ada yang detik permulaannya di kampus universiti. Ada yang 'turning point' nya setelah pencen. Malah ada juga yang menyertai PAS kerana politik semata-mata, sama seperti penyertaannya ke dalam PKR, DAP, UMNO dan parti-parti politik yang lainnya.
Biar dimana atau bila permulaan kebersamaan kita dalam jemaah sekalipun, apa yang perlu kita tahu ialah, mengapa kita bersama dalam jemaah ini.
Persoalannya, kenapa aku menyertai jemaah ini? Mengapa aku menyertai PAS? Diam sejenak... fikir...
...Fikir...
...Fikir...
...Tutup buku ini dan fikir sejenak...
Inilah setinggi-tinggi hala tuju yang kita harus berusaha kepadanya. Lantaran itu, Allahlah tujuan kita. Tidak ada suatu yang kita tuju kecuali Allah. Kita beriman kepadaNya. Kita melihat segala sesuatu untuk Dia di dalam hidup kita. Kita beribadah kepadaNya dengan sepenuh hati. Kita mencari keredhaanNya dalam setiap usaha kita dari sekecil-kecil perkara hingga kepada sebesar-besarnya dalam setiap kegiatan hidup kita dengan penuh ketulusan dan keikhlasan yang sempurna serta benar-benar yakin bahawa disitulah terletaknya kebahagiaan yang sejati, hidayah yang hakiki dan kejayaan yang sebenar.
“ (Katakanlah Wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), Sesungguhnya Aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.
(Az Dzariyat:50)
Apakah maksud 'jamaah? 'Jamaah' dalam bahasa yang mudah untuk kita terjemahkan ialah 'kumpulan'. Perkataan 'jemaah' ini nampaknya sudah sebati dalam bahasa pertuturan kita sehingga kita lupa bahawasanya ia berasal dari perkataan arab. Dalam pertuturan seharian, kita menggunakan perkataan 'solat berjemaah' untuk maksud solat secara berkumpulan.
PAS adalah sebuah jemaah ataupun kumpulan. Merujuk kepada perlembagaan, PAS bercita-cita untuk mengaplikasikan Islam dalam seluruh aspek kehidupan manusia. Berlandaskan ini, PAS adalah sebuah ‘Jemaah Islam’.
Sebagai pejuang Islam, kita sewajibnya memahami bahawa PAS sangat berbeza dengan 'kumpulan' lain. Terus terang dinyatakan disini bahawa PAS mempunyai kelebihan yang sangat tinggi yang membezakannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party(DAP) walaupun kita bersama-sama dalam Pakatan Rakyat. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai kelebihan yang sangat tinggi berbanding jemaah-jemaah yang lain seperti Tabligh, JIM, ABIM dan sebagainya. Namun masing-masing yang lain juga telah berperanan besar dalam usaha dakwah dan tarbiyah.
Sebagai ahli PAS lebih-lebih lagilah sekiranya kita adalah petugas PAS, kita perlu faham bahawa kita berasa dalam PAS ini kerana PAS adalah sebuah ‘Jemaah Islam’. Kita bersama PAS kerana ianya memperjuangkan Islam. Biar apa pun namanya, sekiranya badan itu mempunyai ciri-ciri sebuah Jamaah Islamiyah yang memperjuangkan aqidah Islam dalam mentauhidkan Allah, maka jemaah itu wajib kita ikuti. Dalam konteks kita di Malaysia ini, penulis yang kerdil ini sependapat dengan para alim ulama dan mujahid bahawa PAS adalah sebuah jemaah Islam yang wajib kita sertai.
“Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.”
(Al-Maidah, 54)
Ada beberapa ciri yang perlu ada dalam sesebuah jamaah Islam. Sebagai ahli PAS yang beriman dengan Allah dan RasulNya perlulah berasa bangga kerana kita berada dalam sebuah jamaah yang mempunyai ciri-ciri berikut:-
Mengasihi Allah.
Allah kasih kepada mereka.
Lemah lembut sesama orang-orang yang beriman.
Tegas gagah kepada orang-orang kafir.
Berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah.
Tidak takut kepada orang yang mencela.
Huraian Ringkas
Mengasihi Allah
Jamaah yang kasihkan Allah pastinya mengutamakan Allah dan rasulnya melebihi dari segala urusan. PAS meletakkan Allah dan rasul pada tempat yang pertama dalam segala urusan. Rujukan kita adalah Al-Quran dan sunnah. PAS meletakkan ulama dan Ahli Majlis Syura Ulama sebagai pemandu kita.
Para alim ulama yang ada didalam PAS sudah pastinya menjadikan Allah sebagai rujukan utama dan inilah tandanya kami kasihkan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat diatas sebagai “ Nåk:Ïtä “
Allah kasih kepada mereka.
Bagaimana kita tahu yang Allah sayangkan PAS? Adakah kita sengaja memandai di dalam perkara ini. Sesungguhnya Allah telah menuntun kita dalam perkara ini dengan firmanNya :-
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(AliImran:31)
PAS mencuba sedaya upaya untuk mengikut jejak langkah Nabi Muhammad sallalahualaihi wasallam dalam segala tindak tanduk kita. Selagi mana kita sedar dan dibimbing oleh para alim ulama, PAS mencuba sedaya upaya untuk mengikuti ajaran Nabi kerana kita semua sayangkan Allah. Dan Allah menjamin bahawasanya barangsiapa yang mengikuti jejak langkah Nabi Muhammad, maka selayaknyalah untuknya memperolehi kasih sayang Allah sebagaimana yang Allah sebut sebagai “ÿ¼çmtRq6Ïtäur”. Moga-moga dengan kasih sayang Allah yang ini mampu menyelamatkan kita semua daripada pedih azab api neraka. Amiin.
Lemah-lembut sesama orang-orang yang beriman.
Secara polisinya, PAS sangat menghormati orang-orang yang beriman yang selayaknya diberi penghormatan. PAS menyuburkan sifat ukhuwwah dan kasih sayang sesama ahli dan juga orang beriman. PAS mengamalkan sunnah yang diajarkan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad sallahualaihiwasallam sepertimana yang diajarkan oleh Allah Taala dalam firmannya:
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat: 10)
Allah menyatakan bahawa kita sesama mukmin adalah bersaudara, maka sewajibnyalah kita berbuat soleh sesama kita tanpa menyakiti, mencerca, memperlekeh dan perbuatan-perbuatan yang tidak layak untuk kita sebagai muslim dan mukmin.
Adapun terhadap orang yang memusuhi Islam dan cuba untuk menjatuhkan usaha menegakkan hukum Islam, maka disana Allah melanjutkan lagi dengan cirinya yang keempat iaitu “bersifat tegas terhadap orang kafir”
Tegas gagah kepada orang-orang kafir.
Bukanlah PAS ini sebuah jamaah yang mengkafirkan sesama muslim. Tetapi oleh kerana salah faham masyarakat umum, maka orang menuduh bahawa PAS telah mengkafirkan sesetengah pihak. Itu cerita lama. Namun, PAS bersifat tegas secara polisi jamaahnya terhadap sebarang usaha yang menyeleweng daripada ajaran Islam. Adapun seandainya berlaku penyelewengan itu dikalangan ahli atau pimpinan PAS sendiri, maka itu adalah kerana kelemahan peribadi yang perlu pembetulan.
Namun, secara polisinya, PAS bersifat tegas terhadap semua sistem kuffar yang menyesatkan dan merosakkan manusia dan sistemnya.

Para amilin(aktivis) dan ahli PAS diajar untuk berjihad dijalan Allah. Seumpama jihad para amilin dakwah silam. Mungkin kita tidak setaraf mereka tetapi, kita diajar oleh para alim ulama kita untuk berjihad bersungguh-sungguh untuk mencapai hidayah Allah untuk diri kita, keluarga kita dan seterusnya hidayah untuk negara kita. Sebagaimana firman Allah:-
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
(Al-Ankabut:69)
Para amilin dakwah dan jamaah PAS diajar untuk mengorbankan harta dan jiwa untuk Islam. Cara didikan ini yang bersesuaian dengan firman Allah:-
“Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(As-Saaf: 10-11)
Contoh paling mudah yang dipraktikkan oleh ahli PAS ialah jihad harta benda yang dikorbankan oleh mereka pada setiap kali ceramah umum berlangsung. Semasa di kemukakan uncang oleh petugas Unit Amal setiap kali ceramah, maka ramai ahli-ahli PAS mengorbankan harta mereka semampu mungkin. Itu belum lagi dikira pengorbanan masa dan hatta ada juga yang mengorbankan nyawa demi perjuangan Islam. Takkbirrr!!
Tidak takut kepada orang yang mencela.
Sudah menjadi sunnatullah bahawa dalam menelusuri jalan dakwah dan jihad ini, kita pasti berhadapan dengan orang-orang yang jahil sebagaimana tuntunan Allah didalam peristiwa qiblatain:-
“Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah Yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
Sejarah banyak membuktikan bahawa perjuangan Islam pasti berhadapan dengan orang-orang jahil yang berlagak pandai untuk menggagalkan usaha dakwah dan jihad.
Dan PAS juga tidak terlepas daripada kata-kata cercaan moden. Media massa digunakan sebebas-bebasnya untuk mencerca PAS dan juga pimpinannya. Namun, kita tetap mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan mereka (yang sudah tentunya kita menumpang kekuatan daripada Allah). Walaupun kita serba kekurangan tetapi kita tetap teguh dalam menghadapi semua ini.
Kesimpulannya, marilah kita “Go back to the basic” ataupun “Kembali kepada asas”. Akhir-akhir ini, berlaku kecelaruan didalam jamaah kita kerana mungkin sudah lupa alpa akan tujuan penubuhan kita. Mungkin masing-masing telah terlalu sibuk dengan urusan kenegaraan dan pembangunan negeri, maka asas kita sebagai sebuah jamaah Islam yang bertunjangkan kepada ciri-ciri tersebut mula hilang sedikit demi sedikit. Moga-moga Allah membantu kita untuk memperolehi hidayahNya dan cinta AgungNya.
Marilah kita sama-sama beserta dalam Islam dengan berwadahkan PAS dengan kefahaman. Marilah kita bersama-sama dengan PAS dalam keadaan kita faham. Seandainya kita kurang faham dan hanya ikut-ikutan, cubalah kita mendalami agar kita lebih faham, “Mengapa aku bersama PAS”.
Kian hari,kian ramai yang sudi bersama PAS, hatta anak-anak muda ‘berseluar yankee berkaki ayam’ (pinjam kata-kata abang Sudin), sehinggalah juga orang-orang yang bukan beragama Islam. Maka, biarlah penyertaan kita di dalam PAS ini dengan penuh kefahaman sebagaimana yang di sebutkan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam membicarakan tentang rukun bai’ah. Perkara pertama yang ditekankan oleh beliau dalam jamaah Ikhwaanul Muslimin di Mesir ialah “ الفهم ” yakni kefahaman.
Seandainya ingin kita kupas persoalan ‘kefahaman’ ini di sini, maka buku motivasi ini akan menjadi sebuah buku teks yang akan digunakan di universiti. Cukuplah semua itu digalas oleh para pendokong Islam sekalian agar kita mengambil inisiatif ini untuk memberikan kefahaman kepada ahli-ahli kita baik yang lama ataupun yang baru. Moga-moga dengan usaha ini, kita akan dapat melahirkan suatu ‘force’ atau kekuatan dalam jamaah kita.

MOTIVASI AMILIN 3 - Terkenang zaman di Kolej Islam Sultan Alam Shah- Istiqomah
Terkenang penulis kepada suasana semasa penulis menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS),Kelang suatu ketika dahulu. Perkataan yang tertera pada lencana rasmi sekolah ialah 'Fastaqim Kama Umirta'. Begitulah bunyi motto sekolah kami. 'Fastaqim Kama Umirta' membawa maksud, Istiqomahlah kamu sebagaimana yang diperintahkan Allah. Allah menyeru kepada orang-orang yang beriman terutamanya kepada para pejuang Islam agar ber’istiqomah’ dalam setiap amal perbuatan. Istiqomah bermaksud tetap pendirian atau dalam kata orang putih- 'steadfast'.
Masa kami di KISAS dulu, kami semua telah dilatih dengan ajaran Islam yang sebenar baik dari segi teori dan juga praktikal. Kami diajar untuk melaksanakan Islam untuk diri sendiri hatta dalam perlaksanaan kenegaraan. Kami diajar agar senantiasa istiqomah atau tetap dalam pendirian dan amalan perbuatan.
Masih terngiang-ngiang cerita yang disampaikan kepada kami oleh ustaz yang membimbing kami. Jadilah kamu seumpama ikan di lautan. Walau bagaimana masin air laut sekalipun, ianya tidak dapat merubah rasa daging ikan tersebut. Ianya tetap tawar sehinggalah ia mati kerana ditangkap nelayan dan dijadikan ikan masin. Barulah ia masin dagingnya. Subhanallah, begitulah istiqomahnya ikan kerana ia menggunakan pendirian 'Langkah mayat aku dulu'. Baru kau boleh buat apa-apa dekat aku.
Jadi, kita sebagai pejuang Islam ini, sewajiblah kiranya kita meneguhkan pendirian kita. Walau bagaimana kuat badai yang melanda, kita akan tetap utuh mempertahankan Islam hatta kita sanggup mengorbankan jiwa kita sekalipun.
Bagaimana untuk Istiqomah dalam perjuangan Islam ini? :-
Doa- Para pejuang Islam kena yakin bahawasanya keberadaan kita dalam Islam,Iman,dakwah, jihad ,jemaah dan nikmat ini adalah dengan hidayah Allah jua. Dialah Allah yang memilih kita untuk berada di atas jalan yang lulus ini. Dialah yang telah memilih kita untuk hidup dan mati dalam perjuangan Islam atas wadah PAS. Sewajibnya kita menadahkan tangan kita yang penuh dosa ini kepadaNya memohon agar Dia menetapkan pendirian kita sehingga ke akhir hayat. AMIN.
Latih diri kita dengan tahajud. Tahajud mempunyai kekuatan yang tersendiri walaupun orang yang sudah lazim melaksanakannya tidak merasai 'Power' tahajud itu. Solat malam akan memberi kekuatan jiwa kepada orang mukmin. Kita sebagai pejuang Islam, wajib melaksanakannya secara konsisten. Sebaik-baiknya setiap hari. Andainya tidak mampu, selang 3 hari sekali. Kalau tak mampu, seminggu sekali.. Sebagai pejuang Islam, jangan kurang dari itu. WAJIB.Kita perlu faham bahawa tugas yang kita sedang pikul ini amatlah berat. Kalaulah selimut atau pelukan isteri pun kita tidak mampu menolaknya, bagaimana pula hendak digalas amanah Islam yang sangat berat ini? Yang mana Allah maklumkan kepada kita yang amanah ini, kalau di letakkan di atas bukit pun, ianya akan hancur.
Puasa sunat- Selain puasa Ramadhan yang kita laksanakan, para pejuang Islam mestilah melazimkan puasa-puasa sunat. Ianya merupakan riadhah rohani dan jasmani yang terbaik dalam usaha kita mencapai jalan istiqomah. Biasakanlah dengan puasa 3 hari sebulan atau puasa Isnin Khamis dan amalan puasa sunat yang lain.
Majlis Usrah,Majlis Ilmu dan tazkirah- Sebagai manusia, kita ini sering lupa dan alpa. Kadangkala kesibukan kerja dan dunia yang menghambat kita menyebabkan kita lupa kepada Allah dan perjuangan Islam. Maka disana, pentingnya sahabat-sahabat untuk memperingatkan kita. Maka peranan majlis ilmu amatlah penting. Dampingilah tok-tok guru dan para ustaz agar kita senantiasa diperingatkannya dalam setiap amal perbuatan kita. Walaupun kita ini tergolong dalam kategori ustaz sekalipun, sesekali rendahkanlah juga diri kita untuk hadir ke majlis ilmu. paling tidakpun, ianya boleh menjadi tazkirah untuk kita.
Wujudkan suasana bi'ah solehah (suasana yang soleh) dalam keluarga kita sesama suami atau isteri dan anak-anak. Suburkan suasana kasih sayang dan jihad dalam keluarga kita. Berilah tarbiyah tentang perjuangan kepada isteri dan anak-anak kita agar dia faham tentang perjuangan yang kita dokongi itu. Kalau tidak mereka bersama-sama kita mendokongnya, paling tidak pun, mereka menyokong. Kenalkan anak-anak kita dengan terminologi2 seperti usrah, tamrin, rehlah, jihad, Hiasi rumah kita dengan kitab-kitab dan buku-buku ilmiah supaya ahli keluarga kita tidak janggal dengan buku.
Dan banyak lagi kaedah-kaedah yang telah disarankan oleh ahli-ahli yang pakar dalam bidang ini. Contoh yang ditunjukkan oleh para pejuang di zaman dahulu sememangnya menjadi ikutan kita dan sudah tentunya contoh yang terbaik ialah contoh yang telah diberikan oleh junjungan besar kita , Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam. Sesungguhnya Allah berjanji kepada orang yang istiqomah sebagaimana firmanNya:-
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
(Fussilat:30)
Dan lagi firmanNya:
“Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Merekalah ahli syurga, tetap kekalah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.”
(Al Ahqaf 13-14)
Maka tiadalah yang lebih menyenangkan hati kita daripada dapat bertemu Allah di syurga nanti. Ayuhlah kita sebagai amilin dakwah ini untuk sama-sama istiqomah dalam perjuangan ini. Masih lagi penulis teringat sewaktu disekolah dahulu, penulis bertanyakan seorang ustaz berkenaan lencana yang tertera kalimah “Fastaqim Kama Umirta”. “Boleh ke saya masuk tandas dengan lencana besi yang tertera ayat Al-Quran ini?” Sambil tersenyum ustaz itu menjawab, “Terpulang kepada enta lah, kalau enta cermat, bukalah lencana itu sebelum masuk tandas sebagai tanda hormat kepada motto sekolah kita yang diambil dari ayat Al-Quran. Tapi, kalau tak pecat pun tidak mengapa, niatkan itu ayat biasa sahaja yang hanya menjadi motto sekolah kita.”
Allah berfirman,
“Oleh itu, hendaklah Engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan Yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadaMu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan.”
(Huud: 112)
Ingatan penulis menerobos masa lampau sewaktu tamrin wida’ yang di adakan untuk meraikan perpisahan kami dari Kolej Islam Sultan Alam Shah yang banyak berjasa. Dalam salam perpisahan, kami saling menyebutkan perkataan “Istiqomah Sokmo”. Sambil pipi kami bersentuhan antara satu sama lain dan tangan saling bertautan diatas bahu masing-masing, kami menuturkan perkataan tersebut berulang-ulang kali sebagai janji kami kepada tuhan agar kami terus istiqomah dalam perjuangan ini sehingga ke akhir hayat, InsyaAllah.
Istiqomah Sokmo adalah terminologi yang kami gunakan dahulu yang kami cedok daripada bahasa Arab dan Kelantan. Istiqomah adalah perkataan Arab yang bermaksud konsisten atau berterusan. Manakala perkataan “sokmo” adalah perkataan Kelantan yang bermaksud “sentiasa”. Bila digabungkan dua perkataan itu, kami faham yang maksudnya ialah, “Duhai sahabatku, marilah kita sama-sama sentiasa beristiqomah.”

MOTIVASI AMILIN 4 - Salahuddin Al-Ayyubi.
Menurut website Wikipedia, Salahuddin Al-Ayyubi hidup di antara 1137M-1193M (56 tahun). Beliau mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Nama beliau telah terpateri di hati sanubari para pejuang Islam di seluruh dunia lantaran terpahatnya peristiwa pembukaan semula Kota Suci Palestine dari cengkaman kezaliman tentera salib durjana. Gabungan di antara sifat kepahlawanannya dan sifat kasih sayangnya membuatkan peribadinya disegani baik oleh kawan mahupun lawan.
Sultan Salahuddin Al Ayyubi dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk melanjutkan pembelajaran disana selama 10 tahun di kawasan istana milik Nur ad-Din. Ayahanda beliau, Najmuddin Al-Ayyub adalah seorang gabenor di wilayah Baalbek
Baginda menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, beliau mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, baginda melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Baginda menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah.
Dalam dua peristiwa berbeza iaitu pada tahun 1171 dan 1173, Salahuddin berundur setelah satu siri serangan oleh tentera Salib. Salahuddin berharap bahawa Kerajaan Salib ini tidak diganggu selagi beliau tidak menguasai Syria. Nur ad-Din dan Salahuddin hampir-hampir berperang akibat daripada peristiwa tetapi dengan wafatnya Nur ad-Din pada 1174, perang ini dapat dielakkan. Waris Nur ad-Din iaitu as-Salih Ismail al-Malik hanya seorang kanak-kanak ketika dilantik bagi menggantikan ayahnya. Walau bagaimanapun dia meninggal dunia pada tahun 1181.
Sejurus selepas Nur ad-Din meninggal dunia, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi berarak ke Damsyik, dan setibanya beliau di sana, dia diberi sambutan sambutan yang meriah. Dia mengukuhkan kedudukannya dengan mengahwini balu Nur ad-Din. Walaupun tidak memerintah Aleppo dan Mosul (dua bandar yang pernah dikuasai Nur ad-Din), baginda dapat menggunakan pengaruhnya dan menguasai kedua bandar itu pada tahun 1176 (Aleppo) dan 1186 (Mosul).
Sementara Salahuddin Al-Ayubbi menumpukan perhatiannya ke atas wilayah-wilayah di Syria, negeri-negeri Salib dibiarkan bebas, walaupun begitu baginda sering mencatatkan kemenangan ke atas tentera Salib di mana saja kedua-dua belah pihak bertempur. Baginda bagaimanapun tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dan ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.
Keamanan di antara baginda Sultan Salahuddin dan negeri-negeri Salib tercapai pada 1178. Baginda meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib baginda berjaya menumpaskan tentera Salib. Walau bagaimanapun, tentera Salib terus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah menjadikannya orang paling dibenci dalam dunia Islam. Sebagai tindak balas, Sultan Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald pada tahun 1183 dan 1184. Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji pada tahun 1185.
Dalam bulan Julai tahun 1187, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi menyerang negeri-negeri Salib. Pada 4 Julai 1187, baginda bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan, Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Sultan Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini memberi tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Baginda berjaya menangkap Raynald dan memancung sendiri kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
Selepas tamatnya Perang Hattin, Sultan Salahuddin berjaya merampas kembali hampir keseluruhan kota-kota yang dikuasai tentera Salib. Baginda berjaya menawan semula Baitulmuqaddis pada 2 Oktober tahun 1187 selepas hampir 88 tahun kota itu dikuasai tentera Salib kecuali bandar Tyre. Salahuddin membenarkan tentera dan masyarakat Kristian pergi ke sana. Kota itu sekarang diperintah oleh Conrad dari Montferrat. Dia mengukuhkan pertahanan Tyre dan berjaya menahan dua kepungan yang dilakukan oleh Sultan Salahuddin. Pada tahun 1188, baginda membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantarnya kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
Perang Hattin dan kejayaan tentera Muslim menawan semula Baitulmuqaddis mengakibatkan terjadinya Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Sultan Salahuddin Al- Ayyubi bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191.
Kedua-dua pemimpin baik Salahuddin mahupun Richard amat menghormati antara satu sama lain. Mereka juga pernah bercadang untuk berdamai dengan mengahwinkan adik perempuan Richard, Joan dari England kepada adik lelaki Sultan Salahuddin, Al-Adil, dengan kota Baitulmuqaddis menjadi hantarannya. Rundingan ini gagal ekoran kebimbangan berhubung hal-hal agama di kedua-dua belah pihak.
Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannyabelah, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu hanyalah wang 5 Dinar) . Baginda telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin. Makamnya yang terletak di Masjid Ummaiyyah merupakan tumpuan tarikan pelancong yang terkenal. Makamnya adalah antara makam yang sering dikunjungi umat Islam di seluruh dunia.
Kronologi Riwayat Hidup Salahuddin Al-Ayyubi
1099
Knights of Templar telah menawan Palestine dan membunuh penduduk-penduduknya dan melakukan kehancuran. Penyembelihan beramai-ramai dilakukan oleh Tentera Salib ini keatas bandar milik Ummat Islam dalam tempoh 2 hari, membakar penempatan Yahudi dan juga kuil-kuil mereka, juga mereka telah menyiksa dan membunuh penduduk-penduduk Kristian tempatan dan juga paderi mereka. Selepas menawan Palestine, Tentera-tentera Salib ini telah menguasai kebanyakan daripada kawasan pantai di Timur Tengah dan terus menguasai kawasan tersebut selama lebih 80 tahun
1137
Salahuddin Al-Ayyubi dilahirkan
1160 Kempen menentang Kerajaan Fathimiyyah di Mesir
1169 Dilantik menjadi panglima menggantikan bapa saudaranya, Shirkuh. Mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I
1171 Diserang Tentera Salib menyebabkan tentera Salahuddin berundur
1173 Diserang Tentera Salib sekali lagi menyebabkan tentera Salahuddin berundur
1174 Salahuddin Menjadi Sultan Mesir menggantikan Nur AdDin yang telah mangkat.Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.
1176 Menguasai Aleppo
1177 Tumpas dalam Perang Montgisard yang berlaku pada 25 November, 1177. Dia ditewaskan oleh gabungan tentera Baldwin IV dari Baitulmuqaddis, Raynald dari Chatillon dan Knights Templar.
1178 Keamanan di antara Salhuddin dan negeri-negeri Salib tercapai
1179 Salahuddin meneruskan serangannya pada 1179 selepas daripada kekalahannya dalam Perang Montsigard, dan dalam serangannya ke atas sebuah kubu kuat tentera Salib beliau berjaya menumpaskan tentera Salib.
1183 Salahuddin Al-Ayubbi menyerang Kerak, sebuah kubu Raynald sebagai tindakbalas tentera Salib yang terus-menerus menyerang orang-orang Muslim. Raynald dari Chatillon mengganggu laluan perdagangan dan haji orang Islam dengan kapal-kapal laut di Laut Merah. Raynald juga mengancam menyerang kota suci Islam yakni Kota Mekah dan Madinah.
Tahun Peristiwa Umur
1185 Raynald kemudian menyerang dan membunuh kabilah yang dalam perjalanan untuk menunaikan haji
1186 Menguasai Mosul 49
1187 Perang Hattin-beliau bertempur dalam Perang Hattin menentang gabungan kuasa Guy dari Lusignan (sebutan gi bukan guy), Raja Negeri-negeri Salib, dan Raymond III dari Tripoli. Tentera Salib yang letih dan dahagakan air mudah ditumpaskan oleh tentera Salahuddin. Kekalahan tentera Salib ini memberikan tamparan yang besar buat mereka dan menjadi satu titik perubahan dalam sejarah Perang Salib. Salahuddin berjaya menangkap Raynald dan beliau sendiri memancung kepala Raynald akibat kesalahannya. Raja Guy juga berjaya ditangkap tetapi beliau tidak dipancung.
1187 Tawan Jerusalem 50
1188 Salahuddin membebaskan Guy dari Lusignan dan menghantar beliau kembali kepada isterinya iaitu Sibylla dari Baitulmuqaddis.
1191 Perang Salib Ketiga yang dibiayai di England melalui cukai khas yang dikenali sebagai "Cukai Salahuddin". Tentera Salib ini berjaya menawan semula Acre, dan tentera Salahuddin bertempur dengan tentera Raja Richard I dari England (Richard Si Hati Singa) dalam Perang Arsuf pada 7 September 1191
1192 Kedua-dua pemimpin mencapai persetujuan dalam Perjanjian Ramla pada tahun 1192 yang mana kota Baitulmuqaddis akan terus berada dalam tangan orang Islam tetapi dibuka kepada penganut-penganut Kristian. Perjanjian itu menjadikan negeri-negeri salib hanyalah gugusan kecil di sepanjang pesisir pantai Tyre hingga ke Jaffa.
1193 Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard. Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya. Ada juga riwayat yang menyebut wang itu hanyalah wang 5 Dinar) .
Sebagai motivasi kepada diri penulis dan juga para pembaca sekalian, sengaja penulis memasukkan kiraan umur Salahuddin Al-Ayyubi di sebelah kanan jadual tersebut. Sebagai perbandingannya dengan kita yang dah berumur dengan umur yang setara dengan umur beliau, apa pencapaian atau sumbangan kita kepada agama? Kalau pada umur 40 tahun, baginda Sultan Salahuddin telah melakukan demikian-demikian, apa sumbangan kita pada umur kita 40 tahun ini kepada agama? Sama-samalah kita fikirkan!!

MOTIVASI 5- Fikrah /Pemikiran Para Amilin Jemaah.
Menurut Dr John Hagelin, seorang Ahli Fizik Quantum menukilkan bahawa diri kita ini dibentuk oleh cara pemikiran kita. Apa yang kita fikirkan, maka itulah yang membentuk diri kita, peribadi kita, rupa paras, emosi, sikap, tindakan, keluarga, masyarakat dan segala-galanya. Itu kata pemikir Barat.
Para sarjana Islam juga telah lama membuat kajian tentang perkara ini dan ianya telah dibuktikan sendiri oleh Muhammad,Rasulullah sallahualaihiwasallam. Cubalah kita lihat bagaimana dakwah nabi secara berterusan selama 13 tahun di Mekah. Apa yang nabi bina? Selama itu nabi, dengan tuntunan wahyu hanya memfokus kepada pembentukan pemikiran para sahabat. Proses Tarbiyah untuk memantapkan corak pemikiran sahabat-sahabat ketika itu berjalan dengan begitu hebat sekali. Proses ini yang dinamakan sebagai proses memantapkan Aqidah para sahabat berjalan berterusan. Kita lihat perkara seumpama itu amat kurang dititikberatkan oleh kita dalam jemaah ini.
Penulis melihat rata-ratanya para daei, penceramah-penceramah kita dan para amilin kita lebih banyak bercerita tentang politik dan agak kurang menitikberatkan persoalan aqidah perjuangan sebagaimana yang ditekankan oleh nabi selama 13 tahun diMekah. Cuba kita bayangkan, apakah isi kandungan dakwah nabi selama 13 tahun itu? Masa itu, solat, puasa, zakat, haji masih belum ada pensyariatan? Kalau kita mengkaji ayat-ayat yang dikategorikan sebagai ayat Makkiyah, kita dapat melihat bahawa Allah menuntun ummat kearah pembinaan pemikiran yang memfokus kepada aqidah tauhidkan Allah, syurga dan neraka, dosa dan pahala, kisah-kisah perjuangan ummat dan nabi-nabi terdahulu.
Ayuh marilah para pimpinan sekalian, kita contohi Al-Fadhil Mursyidul Am kita. Kalau kita perasan, fokus Tuan Guru kita pada setiap kali berceramah adalah tentang kita sebagai makhluk Allah. Penulis ingin menukilkan kata-kata tuan guru yang sangat perlu kita ikuti semasa penyampaian kita ketika berdakwah. "Kito ni hambo Tuhe. Kito keno sedar munggo tu. Kot-kot mano pung selagi mano kito dok dibumi Tuhe, kito keno ikut hok Tuhe suruh. Kalu demo toksey ikut Tuhe takpo... tapi demo keno buat bumi sendiri, buat matohari sendiri, buat udaro oksijeng sendiri, buat hukum sendiri."
Bagi pembaca yang tidak faham bahasa Kelantan, penulis terjemahkan ,"Kita ini adalah hamba kepada Tuhan. Kita perlu sedar akan perkara itu. Walau bagaimana sekalipun, selagimana kita tinggal di bumi milik Tuhan, kita wajib mengikut apa yang Tuhan suruh. Kalau tidak mahu, tidak mengapa. Tapi kamu buatlah bumi sendiri, matahari sendiri,buat oksigen sendiri. Disitu, kamu boleh buat hukum sendiri" Au kama Qol.
Subhanallah..sepatutnya begitulah yang perlu kita bawa masyarakat. Kenal Allah sebagai tuhan dan kita sebagai hamba.
Kita yang berada diperingkat pimpinan ini juga perlu atur strategi untuk memantapkan fikrah pemikiran sahabat-sahabat kita diperingkat bawahan samada di peringkat negeri masing-masing, kawasan, cawangan dan ahli. Pendekatan mungkin berbeza mengikut waqi' masing-masing. Keadaan kita di Pulau Pinang yang agak jauh dari amalan agama mungkin berbeza caranya dengan sahabat-sahabat kita di Kelantan.
Di Kelantan kesedaran agama itu sangat tinggi dikalangan orang-orang tempatan. Semua ini kerana pemimpin yang amat menitikberatkan persoalan ini dalam amalan seharian. Tak usah pergi jauh, cukup sekadar kita singgah di Pasar Siti Khadijah pada waktu solat. Keadaannya hampir-hampir sama dengan keadaan di Mekah sewaktu azan dikumandangkan. Kedai-kedai 'atas pasar' ditutup sementara dengan kain untuk membolehkan peniaga menunaikan amanah solat... subhanallah. Bukannya ada polis atau penguatkuasa yang pergi hambat mereka, tetapi masing-masing sudah pandai atur diri sendiri hasil aqidah kepada Allah.
Lebih utama lagilah kepada para amilin kita. Selepas PRU ke 12 baru-baru ini, penulis melihat suatu perubahan yang berlaku terhadap pemuda-pemuda Islam kita. Kecenderungan mereka kepada PAS amat jelas sekali. Mereka tanpa segan silu menyarungkan baju-baju bercirikan jemaah kita dan ada juga dikalangan mereka yang bukan sedikit, kurang faham tentang PAS sebagai sebuah jemaah Islam. Hinggakan kita melihat ada juga mereka yang agak kurang ilmu islam dan juga pengamalannnya.
Marilah kita sebagai pimpinan dan amilin jemaah menggunakan 'opportunity' atau peluang ini untuk sama-sama memikul tugas untuk membentuk fikrah pemuda kita. Suatu program secara teratur mestilah dibentuk supaya kita dapat lahirkan satu 'force' atau tenaga sepertimana yang telah dibentuk oleh Salahuddin Al-Ayyubi.
Program-program berbentuk fikrah seperti usrah, seminar, mukhayyam, tamrin dan sebagainya mestilah diatur dengan teliti dan penuh tanggungjawab.
Lagi satu perkara yang perlu kita diperingkat pimpinan ini memberi perhatian ialah tentang sambutan dingin ahli-ahli terhadap program tarbiyah kita. Memang kita tidak nafikan bahawa kita banyak juga mengatur program-program tarbiyah seperti Ijtima' Tarbawi dan sebagainya. Namun, ahli-ahli kita hatta amilin kita juga agar kurang menyambut ajakan kita. Pernahkah kita membuat analisa kepada 'approach' atau pendekatan kita itu? Dimana silapnya? Atau kita telah berpuas hati dengan apa yang ada? Perlukah kita lakukan inovasi? Perlukah kita membuat reformasi diatas apa yang telah kita buat itu?
Marilah kita fikirkan sama-sama.

MOTIVASI 6 - Sekelumit Pengalaman di Australia, the Downunder.
Penulis masih lagi teringat ketika penulis menuntut di 'oversea' suatu ketika dahulu. Pengalaman selama 4 tahun yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak telah membentuk jiwa penulis ini.
Penulis merasakan bahawa apa yang telah berlaku itu merupakan ketetapan Allah, yang telah diatur olehNya sejak azali lagi dalam proses tarbiyah ketuhanan. Ujian dan apa jua bentuk yang datang adalah merupakan tarbiyah tuhan.
Semasa menuntut di 'oversea' dahulu, penulis telah didedahkan kepada organisasi dan sistem tarbiyah daripada banyak kumpulan. Penulis pernah bergiat dalam tabligh, JIM, pertubuhan Islam di Universiti. pertubuhan Islam pelajar-pelajar Melayu, pertubuhan Islam tempatan yang ada bermacam etnik muslim, masjid-masjid, pertubuhan penduduk Melayu tempatan dan bermacam-macam lagi. Alhamdulillah semua itu adalah ketentuan daripada Tuhan Rabbul Jalil.
Tetapi dalam banyak-banyak kumpulan itu, penulis telah diberi amanah besar untuk menyusun atur tarbiyah untuk pelajar-pelajar Melayu Muslim yang sedang menuntut di sana. Cabaran yang paling besar ialah bagaimana caranya nak 'tangkap' adik-adik yang baru ini agar 'mahu dekat dengan abang-abang'.
Kami diajar oleh abang-abang bahawa manusia ini akan mudah berasa 'terhutang budi' kalau kita 'berbudi' kepadanya. Berpegangkan kepada pepatah itu, perkara pertama yang kita buat ialah kebajikan. Penulis masih lagi ingat pernah kami berpakat sesama kami untuk membuat satu gotong royong di Malaysian Hall. Di situ banyaklah terdapat barang-barang tinggalan senior-senior terdahulu. Bilamana mereka selesai pengajian, ada sesetengah mereka tidak membawa pulang ke Malaysia barang-barang peribadi mereka. Alasannya pelbagai.
Maka, apa yang kami buat ialah baju-baju lama seperti sweater,jacket, quilt, sleeping bag (semuanya peralatan musim sejuk), kami kumpulkan dan basuh kesemuanya elok-elok. Selepas itu, barang-barang terpakai tersebut kami jadikan umpan untuk menarik hati 'mangsa' kita itu. Banyak umpan yang mengena dan kami di peringkat pimpinan akan meneruskan dengan langkah seterusnya setelah umpan mengena. InsyaAllah penulis akan melanjutkan perbincangan tentang perkara ini di tajuk-tajuk yang akan datang. Teruskan membaca!
Dalam tarbiyah ini, hubungan peribadi (PR, Personal Relationship) sangat penting. Kita kena pandai ambil hati anak-anak buah kita. Lihatlah bagaimana insan mulia, Muhammad sallallahu alaihi wasallam mendekati para sahabat dalam hubungan sesama mereka. Nabi dianggap oleh para sahabat sebagai bapa, pembimbing dan rakan karib. Ini semua adalah kerana baginda pandai mengambil hati para sahabat. Indah sungguh peribadi baginda. Kita patut mencontohi baginda tentang bagaimana baginda bergaul dengan para sahabat, bagaimana baginda menghormati orang yang lebih tua, bagaimana baginda menghormati jiran tetangga, bagaimana baginda mendekati golongan anak-anak dan orang muda. Kalaulah penulis diberi peluang untuk mencatatkan semuanya disini, maka buku motivasi ini pasti akan menjadi tebal berjilid-jilid. Cukuplah sekadar sepotong ayat , “Marilah kita pelajari sirah Rasulullah melalui para alim ulama yang murshid dan mengamalkan sunnah nabi supaya sifat-sifat baginda dapat kita amalkan untuk menjadi senjata kita dalam kerja dakwah dan jamaah ini.”

MOTIVASI AMILIN 7- Membina keyakinan diri dalam perjuangan dan jamaah
Mafhum daripada sebuah hadis ada menyebutkan bahawa segala sesuatu itu bermula dengan hati. Jika baik hatinya, maka baiklah seluruh anggota dan amalannya. Jika rosak hatinya, maka akan rosaklah seluruh amal perbuatannya.
Hati yang dibentuk dengan acuan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala akan melahirkan insan yang mencapai tahap kesempurnaan hakiki.
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".
(Surah Al Baqarah . Ayat : 138)
Sebelum penulis pergi lebih jauh lagi dalam penulisan ini, ingin sekali penulis berkongsi suatu ilmu yang telah menambah keyakinan penulis kepada kekuasaan Allah. Ilmu ini telah penulis perolehi ketika menghadiri kursus motivasi yang membicarakan tentang konsep ESQ (Emotional Spiritual Quotient) dalam motivasi diri. Para pembaca sekalian boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini di alam cyber.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah membuka ilmu hakikat kebesarannya ini. Dengan hakikat ini, kita akan merasa benar-benar bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah subhanahu wa taala untuk menuhankannya. Kita akan merasa bangga kerana bertuhankan Allah yang memang Maha Berkuasa. Allah yang Maha Besar. Dialah Allah yang Maha Hebat. Dialah Allah yang Maha Sempurna… Subahanallah.
Sebagai pejuang Islam, iman yang seumpama ini yang perlu kita bina kerana kita akan yakin akan kekuasaan Allah. Kalaulah Allah yang Maha Kuasa ini berupaya menciptakan langit dan bumi, bulan, bintang dan matahari, planet-planet disekeliling matahari seperti Venus, Marikh, Mercury, Eris, Pluto; bintang-bintang yang hebat seperti Antares, Betelgeus, Aldebaran, Arcturus dan bermacam-macam lagi yang manusia belum ketahui. Kalaulah Allah subhanahu wa ta’ala yang Maha Hebat itu bisa menciptakan semua itu, sudah tentulah permintaan kita yang sangat kecil ini, tidak sesukar mana untuk ditunaikan. Kalaulah Allah Yang Maha Besar ini tempat kita bergantung, kita sebagai pejuang Islam tidak akan berasa takut atau gentar barang sedikit pun untuk menghadapi msuh-musuh Islam kerana kita ada Allah. “Jangan takut, Allah ada!”
Perjalanan yang penulis namakan sebagai ‘mini mi’raj’ ini, akan kita mulakan sekarang…Marilah bersama-sama dengan kami mengenal kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala. (Sesiapa yang mempunyai capaian ke alam cyber, disarankan untuk mencari material ini dalam bentuk video untuk melihat dan mengalami sendiri pengalaman mengembara ke alam luar yang diciptakan Allah). Konsep yang ingin dibawakan disini ialah “Allah Maha Besar, manusia itu sangat hina dan terlalu kecil”.
Foto ini menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain-main di taman permainan. Mereka begitu ghairah sekali bermain-main bersama rakan-rakan. Terdengar suara gelak ketawa mereka menyatakan kegembiraan. Nikmat anak-anak yang tidak mengenal erti kehidupan ini adalah suatu yang tidak dapat dilupakan. Sewaktu kita kecil, kita sentiasa merasakan bahawa kita sahaja yang betul dan orang lain tidak betul hatta ibu bapa kita pun sering dipersalahkan kerana tidak menuruti kehendak kita. Kita merasakan yang kita ini hebat dan berkuasa kerana segala permintaan kita sentiasa dipenuhi.
Apabila kita ‘zoom out’ atau naik keatas angkasa sedikit, kita kelihatan sangat kerdil berbanding bangunan di sekeliling kita. Kelihatan air laut, bukit bukau, bangunan pencakar langit begitu gah sekali berbanding dengan saiz kita yang sudah semakin mengecil ini. Namun kita tidak sedar akan hal itu kerana kita masih berkuasa. Kita adalah raja dalam keluarga sehingga kita memandang rendah kepada isteri dan anak-anak kita. Itu belum masuk lagi perasaan kita kepada pembantu rumah Indonesia kita yang dua tiga orang itu.
Apabila kita ‘zoom out’ atau naik ke atas angkasa sedikit lagi, kita akan mendapati bahawa diri kita yang hebat ini hanyalah tidak lebih daripada sekadar satu titik ataupun mungkin setengah titik ataupun mungkin lebih kecil lagi daripada itu. Kelihatan awan mula menutupi kita seolah-olah kita ini tidak punya apa-apa. Harta, pangkat, jawatan yang dikurniakan kepada kita ini rupa-rupanya tidaklah hanya sekadar kebanggaan yang kita rasa sendiri atau dalam istilahnya, ‘syok sendiri’. Kita tidak punya apa-apa.
Marilah kita pergi dengan lebih jauh lagi meninggalkan kesibukan dunia ini kepada kesunyian angkasaraya. Kebesaran Allah semakin terasa. Dialah Allah yang telah menciptakan bukit bukau, gunung, daratan dan lautan, gumpalan awan-awan. Dialah Allah yang menjadikan bumi yang bulat dan kuasa graviti yang mana dengannya kita tidak jatuh dan tercicir ke angkasaraya. Maha kuasa Allah yang menciptakan semua ini dengan sebaik-baik penciptaan.
Dialah Allah yang menciptakan planet-planet yang lebih kecil daripada bumi seperti Venus, Marikh, Mercury,Pluto dan sebagainya. Betapa hebatnya Allah subhanahu wa ta’ala yang menciptakan semua ini. Dengan kelemahan yang ada pada manusia ini, tiada seorang pun yang telah menjejakkan kaki ke planet-planet itu walaupun salah satu daripadanya. Kita hanya mampu meneropongnya daripada jauh dan hanya mampu memberikan nama dan hanya mampu memberikan gambaran kasar kepada penciptaan Allah yang hebat-hebat itu.
Dialah juga Allah yang telah menciptakan planet-planet yang berkali-kali ganda besarnya daripada planet bumi di dalam galaksi bimasakti ini. Dialah tuhan kita Allah yang telah menciptakan Jupiter, Zuhal, Uranus, Neptune dan bulan-bulan disekelilingnya. Keindahan alam ciptaan Allah ini hanyalah sejumlah kecil daripada penciptaan Allah yang sangat luas. Ayuhlah menyertai kami dalam pengembaraan yang mengasyikkan ini. Sekadar ilmu austronomi manusia yang terbatas ini, masih banyak lagi ilmu Allah yang belum diteroka.
Seterusnya, kita melihat bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita nikmat panas matahari yang kita kecapi setiap pagi. Matahari itu yang kita kagumi kehebatannya kerana memberikan cahaya kepada separuh dunia pada waktu siang adalah sebuah makhluk Allah yang besarnya berkali-kali ganda daripada planet Jupiter yang terbesar dalam sistem solar kita. Lihatlah betapa hebatnya Matahari yang diciptakan Allah ini sehinggakan saiz planet bumi hampir tidak kelihatan. Betapa besarnya tuhan yang menciptakan semua ini. Hebat sungguh kekuasaan Allah.
Jupiter MatahariRajah di sebelah kiri adalah perbandingan 4 bintang atau matahari di alam semesta ini dengan planet Jupiter yang kita bincangkan dalam perenggan yang lepas. Mengikut susunan dari kiri ke kanan adalah Jupiter, Matahari kita, Bintang Sirius, Bintang Pollux, dan Bintang Arcturus. Bintang-bintang tersebut merupakan matahari bagi sistem solar yang lain di dalam angkasaraya ini. Lihatlah betapa kecilnya saiz matahari kita berbanding matahari Arcturus. Walaupun demikian, panas bahang matahari yang kita rasa di dunia ini pun, kita belum dapat menahan kepanasannya. Memang tidak setanding nilai matahari kita dengan kekuasaan Allah subhanahu wa ta’ala.
Allah yang Maha Berkuasa ini telah menciptakan makhluknya yang beratus-ratus kali ganda daripada saiz matahari kita. Kita yang berjalan ditengah panas di bawah bahang terik matahari merasakan bahawa makhluk Allah itulah yang terhebat sedangkan menurut ahli astronomi, bintang Antares merupakan bintang yang lebih besar daripada matahari beratus-ratus kali ganda sehinggakan kalau kita melihat di dalam foto disebelah kiri ini, tidak lain hanyalah seperti satu titik daripada titik-titik yang membentuk foto tersebut. Subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan semua ini. Mengapakah masih ada lagi manusia yang melupakanNya? Mengapakah masih ada pejuang Islam yang belum sampai tahap yakin dengan janji-janji Allah.
Kalau kita pergi lebih jauh lagi, kita akan mendapati bahawa ahli austronomi menemukan satu lagi bintang di dalam galaksi ‘Milky Way’ yang kita diami ini. Setakat ilmu mereka yang terbatas, sehingga kini mereka telah menemui bintang VV Cephei yang saiznya 1900 kali ganda daripada saiz matahari kita! Saya ulangi 1900 kali ganda daripada saiz matahari kita! Subhanallah… Allah Maha Hebat!! Allah Maha Hebat!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Namun, para pejuang Islam sekalian, kisah ini tidak berhenti disini kerana menurut kajian yang ahli dalam bidang ini, bintang VV Cephei yang kali terakhir ditemui setakat ini (2008) hanyalah tidak lebih daripada 1 per 1,689,794 daripada keseluruhan gambar pixel. Maknanya, kalau gambar ini dibahagi kepada 1,689,794 bahagian, bintang VV Cephei hanyalah satu bahagian daripadanya sedangkan saiz bintang VV Cephei adalah 1900 kali lebih besar daripada matahari kita..Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!
Sebagai pejuang Islam, sepatutnya setiap kali kita menuturkan kalimah Allahu Akbar pada setiap usrah, tamrin, ziarah, jaulah, ijtima’, ceramah dan sebagainya, sepatutnyalah kita menghadirkan di dalam hati kita itu dengan kebesaran Allah. Dialah Allah Yang Maha Hebat, Tuhan kita yang maha hina ini. Dialah Allah Yang Maha Besar, Tuhan kita yang maha kecil ini. Dialah Allah Yang Maha segala-galanya..Tuhan kita yang tidak punya apa….Subhanallah
Marilah kita renungi ayat-ayat Allah yang menuntun kita dalam hal ini:-
¨bÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏG÷z$#ur È@ø©9$# Í$yg¨Y9$#ur Å7ù=àÿø9$#ur ÓÉL©9$# ÌøgrB Îû Ìóst7ø9$# $yJÎ/ ßìxÿZt }¨$¨Z9$# !$tBur tAtRr& ª!$# z`ÏB Ïä!$yJ¡¡9$# `ÏB &ä!$¨B $uômr'sù ÏmÎ/ uÚöF{$# y÷èt/ $pkÌEöqtB £]t/ur $pkÏù `ÏB Èe@à2 7p/!#y É#ÎóÇs?ur Ëx»tÌh9$# É>$ys¡¡9$#ur ̤¡ßJø9$# tû÷üt/ Ïä!$yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ;M»tUy 5Qöqs)Ïj9 tbqè=É)÷èt ÇÊÏÍÈ
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada Kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
(Al-Baqarah, 164)
¬!ur Ûù=ãB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur 3 ª!$#ur 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« íÏs% ÇÊÑÒÈ cÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@ø©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ
“Dan bagi Allah jualah Kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Ali Imran 189-190)
¨bÎ) Îû É#»n=ÏG÷z$# È@ø©9$# Í$pk¨]9$#ur $tBur t,n=yz ª!$# Îû ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ;M»tUy 5Qöqs)Ïj9 cqà)Gt Ç
“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada Segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa.
(Yunus, 6)

MOTIVASI AMILIN 8- Terkenang di zaman KISAS – Buku Tazkirahku
Semasa mula-mula masuk Tingkatan 4 dahulu, aku sememangnya aku menghadapi ‘cultural shock’ atau dalam istilah bahasa Melayunya sebagai ‘Kejutan budaya’. Pertamanya aku terkejut sewaktu menerima keputusan peperiksaan PMR ku. Aku seakan-akan tidak percaya, apatah lagi mama dan abahku. Maklumlah anak jantan sulung yang agak ‘buas’ sewaktu kecil dahulu, yang selalu membuli adik-adik yang masih kecil. Aku bersyukur apabila melihat slip peperiksaanku yang mencatat ‘straight As’. Aku kira daripada atas ke bawah, ada 9 semuanya…Alhamdulillah aku mendapat 9 A dalam peperiksaan PMR tahun ini.
Aku ditempatkan sebilik dengan dua orang sahabat dari Kelantan. Sewaktu penulisan ini ditulis, aku tidak dapat mengingat dengan jelas nama-nama mereka, namun terdapat sedikit sebanyak kenangan manis yang terpahat di dalam ingatanku. Kenangan 13 tahun yang lalu sudah kabur, mungkin dek kerana terlalu banyak berfikir pada masa sekarang ini.
Di Kolej Islam Sultan Alam Shah, aku mengalami orientasi tarbiyah yang cukup hebat. Puasa Isnin Khamis, solat tahajjud setiap pagi, kuliah hadis setiap lepas asar, zikir ma’thurat selepas maghrib, bacaan asma al-husna setiap pagi, kuliah maghrib, kuliah subuh setiap minggu, cearamah, hafazan ayat-ayat zikir, surah-surah lazim, Yasin, Sajadah dan al-Mulk. Usrah pula setiap minggu dengan naqib yang bersemangat. Abang-abang senior dari universiti-universiti tempatan sering datang menziarahi pelajar dan meyampaikan ceramah di surau. Aku mula mengenali Hassan al-Banna, Syed Qutb, Abdul Qadir Audah, al-Maududi, Fathi Yakan dan Mustafa Masyhur. Buku-buku terjemahan terbitan Pustaka Salam memenuhi bilik BADAR. Suatu kefahaman menular kejiwa membawa suatu perasaan tanggungjawab dalam jiwa.
Semasa aku di tingkatan 4 abang-abang senior selalu memberi tazkirah di musolla. Setiap kali mereka bertazkirah kata-kata tokoh gerakan Islam seperti Hassan al-Banna, Hasan al-Hudhaibi, Mustafa Masyhur, Abdul Kadir Audah, Syed Qutub, Fathi Yakan dan ramai lagi menjadi lontaran idea mereka. Kadang-kadang kata Syakib Arsalan, Mohd Iqbal dan al-Maududi juga dilontarkan. Bukan fikrah tokoh-tokoh ini sahaja yang dilontarkan malah buku-buku karangan tokoh-tokoh ini memenuhi kedai BADAR (Badan Dakwah dan Rohani) sehinggakan duit BADAR sahaja mencecah belasan ribu ringgit hasil jualan buku dan fotostat.
Fikrah pimpinan BADAR mengalahkan tokoh-tokoh pimpinan masyarakat semasa kerana idea-idea mereka dicedok daripada pemikiran yang terkenal seperti Hassan al-Banna. Kehidupan kerohanian di KISAS dengan amalan berpuasa Isnin dan Khamis, berqiamullail setiap pagi, ceramah, kuliah, pembentangan kertas kerja dan tamrin menjadikan aku benar-benar hidup dalam dunia baru yang tidak aku dapati seumur hidupku sebelumnya. Inilah ‘Cultural Shock’ yang aku maksudkan.
Imam al-Banna meletakkan Syurga sebagai matlamat akhir perjuangan dan menggariskan susunan amal yang jelas bermula memantapkan 10 ciri individu muslim, membentuk keluarga dakwah, membina masyarakat Islam yang bertakaful, menasihati dan mengislahkan kerajaan, memerdekakan dunia Islam daripada cengkaman penjajah, menegakkan sistem khalifah dan menjadi ustaz kepada alam semesta.
Ia adalah matlamat jauh yang di dokong oleh BADAR dan semasa di KISAS, fokus utama adalah meletakkan asas bagi melahirkan individu muslim yang syumul dan seimbang. Pandangan ini dikuatkan dengan kajian terhadap buku-buku fiqh seerah al-Buthi dan Mustafa al-Sibaie.
Aku mengimpikan suasana ini dapat dihidupkan disemua sekolah-sekolah di Malaysia khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh. KISAS di waktu itu memang sesuai untuk menjadi pusat tarbiyah melahirkan ulama dan professional haraki moden Malaysia kerana KISAS merupakan pusat di mana berkumpulnya anak-anak yang cerdik dan terpilih daripada seluruh Malaysia. Bakal pemimpin masa depan yang berfikrah Islam ramai yang lahir dari bumi wakafan ini.
Aku masih ingat lagi sewaktu kami di tingkatan 4, setiap malam kami akan didisiplinkan oleh abang-abang senior di dewan makan. Selepas kelas ‘prep’ malam, kami akan berkumpul mengelilingi dewan makan sebelum menjamah juadah ‘supper’. Disitulah kami akan dileteri dan diherdik jerkah oleh abang-abang senior terutamanya Ketua-ketua Pelajar. Perkataan “bi’ah solehah” seringkali menjadi agenda tarbiyah disiplin kami. Mana-mana pelajar junior yang melakukan kesalahan akan dipanggil kehadapan untuk dileteri di atas kesalahan mereka. Kami ditarbiyah untuk menjaga “bi’ah solehah” di Kolej seperti menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, disiplin solat berjemaah, disiplin itu dan ini. Memanglah sewaktu itu, kami semua mengalami ‘cultural shock’(kejutan budaya) yang cukup hebat, namun setelah berada diluar selama 13 tahun sudah, kenangan itu masih lagi segar di dalam ingatan.
Namun demikian, dalam kegarangan pelajar-pelajar senior, kami juga ditarbiyah secara lembut oleh para nuqoba’ usrah-usrah kami. Suatu kombinasi yang cukup baik dimana naqib sebagai tempat kami bermanja seumpama ibu dan KP (Ketua Pelajar /Pengawas) seumpama bapa yang sering bersikap garang dan bengkeng terhadap kami. Seminggu sekali, kami akan bermanja dengan naqib kami di dalam sesi perbincangan usrah. Usrahlah tempat kami menerima ilmu-ilmu Islam dan haraki dan meluahkan isi hati. Suasana itu cukup indah..subhanallah, memang tiada terdapat di tempat lain yang pernah aku lalui.Kebencian terhadap KP akan hilang setiap kali berdamping dengan naqib kerana dengan lembut dan berhikmah, naqib akan cuba menerangkan kepada kami akan sebab musabab tindakan keras dan disiplin yang di laksanakan oleh Ketua Pelajar – Ketua Pelajar itu.
Satu perkara yang masih tidak dapat kulupakan ialah ‘Buku Tazkirah’. Setiap hari, kami akan berkumpul untuk sesi tazkirah selepas solat Asar. Semasa kami di Tingkatan 4, kami akan menerima tazkirah dan semasa kami di Tingkatan 5, kami pula yang diminta untuk memberi tazkirah dan menjadi naqib. Semua pelajar tingkatan 4 dipaksa untuk mempunyai satu buku catatan yang dinamakan ‘Buku Tazkirah’. Buku catatan ini, gunanya ialah untuk menulis apa-apa sahaja isi kandungan tazkirah, ceramah, bahan usrah dan sebagainya. Dalam paksaan tersembunyi seribu manfaat. Itulah yang dapat kurasai kerana sewaktu melanjutkan pelajaran ke luar negeri setelah tamat pendidikan tingkatan 5, buku itulah yang menjadi rujukanku apabila diminta memberikan kuliah atau tazkirah.
Detik yang paling menyedihkanku adalah detik perpisahan di dalam Majlis Wada’ ataupun Majlis Perpisahan setelah tamat peperiksaan SPM. Aku tahu bahawa, masa tidak dapat dibalikkan ke belakang, namun saat-saat indah yang diperolehi di KISAS tidak akan kulupakan. Sewaktu Majlis Wada’, kami bernasyid beramai-ramai dengan suatu nasyid yang terkandung sejuta kenangan tarbiyah. Aku nukilkan lirik nasyid tersebut untuk tatapan sidang pembaca sekalian.
RINTIHAN KALBU - KISAS
Hari ini tiada senda dalam bicara,
Deru air mata merupakan segalanya,
Sang hati bicara sendiri,
Bangunkan ummah bina generasi.
Dibumi yang bertuah ini,
Diriku mula menyedari,
Matlamat hidup sebagai abdi,
Kepada Allah Allahu rabbi.
Diriku kini sebebas unggas,
Terbang riang di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu,
Indahnya, indahnya, ooh indahnya.
Wahai generasi dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah,
Melahirkan insan berjiwa tabah.
Kutiplah mutiara-mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah,
Sebelum jejak kaki melangkah,
Sebelum penyesalan membawa padah.
Sahabat seperjuangan,
Usah digentar musuh dihadapan,
Pandanglah didepan, balasan Tuhan,
Syurga Firdaus menanti kalian.
Teruskan..oh teruskan,
Perjuangan menegak kebenaran
Didalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan.
Wahai Teman seperjuangan,
Dengarlah harapanku ini,
Pohon untukku dalam doamu,
Diriku Pejuang islam yang satu,
Diriku Pejuang islam yang satu……
SEJARAH KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di jalan Kota Raja,iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Kelang.
Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin Ibni Almarhum Sultan Sulaiman. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.
Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya dan seterusnya ke Bangi menjadi fakulti Islam U.K.M. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi di tinggalkan di Kelang.
Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran dan menjadikan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama Kolej Islam Kelang (KIK). Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari ini.
Kemudian pada 1989, Kolej Islam Kelang (KIK) telah ditukar nama kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) oleh Sultan Salahuddin Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu. Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan.

MOTIVASI AMILIN 9- Ahli PAS perlu selesaikan asas Al-Quran dahulu!!
Sebagaimana kita maklum bahawasanya Al-Quran adalah panduan hidup kita. Tiada siapa yang akan menafikannya seandainya seseorang itu beriman kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Al-Quran itu ibarat ‘Manual Book’ ataupun ‘Buku Panduan’ untuk kehidupan manusia. Kalau kita membeli telefon bimbit baru contohnya, kita juga akan dibekalkan bersama-samanya sebuah buku panduan tentang bagaimana cara kita hendak menggunakannya dengan betul. Seandainya kita tidak mematuhi pantang larang penggunaan telefon bimbit itu sepertimana yang dinyatakan di dalam buku panduan tersebut, kemungkinan ianya tidak akan berfungsi dengan baik dan tidak seperti yang diharapkan.
Begitulah juga dengan manusia ini. Allah menciptakan manusia dan Dia jugalah Yang Maha Mengetahui tentang pantang larang manusia. Dan Allah telah bekalkan kita dengan satu ‘Manual Book’ yang dinamakan Al-Quran sebagai panduan hidup kita.
Memang tidak dinafikan bahawa para amilin PAS sememangnya sudah pasti amat-amat beriman dengan Al-Quran ini tanpa ragu. Kalau tidak, masakan kita sanggup berbuat apa sahaja demi kesucian Islam. Hatta ada dikalangan kita yang sanggup mengorbankan nyawa seandainya dituntut lantaran daripada kita beriman dengan Al-Quran itu.
Namun, terdapat kekurangan yang perlu kita tampung dan memperbaiki demi melahirkan sebuah jemaah yang akan memacu tampuk pemerintahan negara. Ada juga dari kalangan amilin kita yang masih kurang lancar membaca Al-Quran. Suatu perkara yang sepatutnya kita hapuskan dalam jemaah kita ini. Tidak sepatutnyalah berlaku di dalam jemaah kita ini, orang-orang yang memperjuangkan Al-Quran tetapi pada masa yang sama tidak boleh membaca Al-Quran, malah ada juga yang tiada masa untuk mempelajari bacaan Al-Quran.
Seandainya perlu mula dengan Iqra’, maka mulakanlah..
Kita terlalu sibuk dengan urusan Politik Islam, Ekonomi Islam dan sebagainya… Namun sungguh malang apabila kita tidak mampu membaca Al-Quran… MasyaAllah suatu bala besar dalam jamaah kita. Manakan turun bantuan Allah kalau kita masih belum bersedia lagi untuk menyelesaikan perkara asas.Asas tidak kuat, manakan tiang hendak naik kukuh?
Kenapa kita ada masa untuk makan, sedangkan tiada masa untuk pelajari Al-Quran?
Kenapa kita ada masa untuk hiburan, sedangkan tiada masa untuk pelajari Al-Quran?
Kenapa kita ada masa untuk anak-anak, sedangkan tiada masa untuk pelajari Al-Quran?
Kenapa kita ada masa untuk dengar ceramah politik, sedangkan tiada masa untuk pelajari Al-Quran?
Kenapa kita ada masa untuk tampal poster, sedangkan tiada masa untuk pelajari Al-Quran?
Kenapa kita ada masa untuk mesyuarat jamaah, sedangkan tiada masa untuk pelajari Al-Quran?
Ayuhlah kita selesaikan perkara yang paling penting dahulu dalam perkara-perkara yang penting dalam kehidupan kita.
Marilah kita koreksi diri kita yang amat lemah ini. Marilah kita bermuhasabah dan mempertingkat usaha jihad kita untuk menyelesaikan perkara asas dahulu di dalam diri kita dan pada masa yang sama kita bersama-sama teman yang lain yang sudah maju kehadapan.Sesungguhnya Al-Quran itu adalah penyembuh dari segala penyakit dan penyakit yang menimpa para pejuang Islam adalah penyakit ‘futur’ atau gugur di dalam perjalanan ke medan perjuangan. Semoga dengan Al-Quran yang ada dalam hati kita itu akan membebaskan kita dari penyakit ini.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.”
(Yunus; 57)
“Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra’; 82)
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) Dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa Yang Kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul Yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang Yang beriman; dan sebaliknya orang-orang Yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit Yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita Yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya Yang menerangi). mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang Yang diseru dari tempat Yang jauh (Masakan mereka dapat mendengar Dengan betul atau melihat Dengan nyata)".
(Fussilat;44)
Ayat-ayat diatas menerangkan kepada kita bahawasanya Al-Quran itu merupakan penawar bagi segala penyakit. Moga-moga dengan usaha kita yang sedikit ini akan menetapkan kita semua diatas jalan Iman dan Islam ini.

MOTIVASI AMILIN 10- Petugas PAS adalah pendakwah
Rata-ratanya kita faham bahawa 'dakwah' adalah seruan,yakni menyeru ke jalan Allah, mengajak manusia untuk beriman dengan Allah dan beramal dengan sunnah Nabi baik secara individu ataupun secara kolektif. Sebagaimana Firman Allah subhanahu wa ta’ala;
“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(An-Nahl; 125)
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain."
(Yusuf; 108)
Ayat ini menjadi bukti bahawa tugas Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah menyampaikan mesej Islam kepada semua ummat manusia. Sepertimana yang penulis catatkan sebelum ini, tugas kenabian ini telah diserahkan secara rasminya oleh Nabi kepada ummat sewaktu terjadinya peristiwa Haji Wada. Tugas berdakwah menjadi kewajipan kepada seluruh ummat Islam. Apabila kita meninggalkan amalan berdakwah ini, maka kepincangan akan wujud didalam masyarakat. Allah telah menjamin bahawa orang-orang yang membuat kerja dakwah ini akan mendapat kebaikan samada di dunia apatah lagi di akhirat nanti sebagaimana firman Tuhan,
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
(Ali Imran;110)
Lebih-lebih lagilah kita ini sebagai ahli PAS, yang muslim, yang mukmin, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memikul tugas dakwah. Janganlah kita menyerahkan tugas ini hanya kepada para ustaz dan tok-tok guru kita sahaja kerana amanah ini amat berat. Sememangnya itu adalah tugas mereka untuk mendidik dan menyampaikan risalah Islam. Namun, tugas itu tidak hanya terkongkong kepada mereka semata-mata. Kalau kita yang bukan ustaz ini pun, menjadi tugas kita untuk berdakwah. Apa maksud dakwah? Maksudnya mengajak manusia untuk berbuat kebajikan. Jadi, hendak mengajak orang untuk melakukan kebaikan ini tidaklah memerlukan ijazah pengajian Islam menggunung tinggi. Cukup sekadar kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Cukup sekadar kita tahu dosa dan pahala. Sebagaimana sabda nabi yang maksudnya, "Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat."
Sebagai Ahli PAS yang muslim dan beriman kepada Allah, perlulah membiasakan lidah kita ini untuk menuturkan kata-kata yang baik untuk mengajak manusia dekat dengan Allah. Perkara ini perlu diberi penekanan oleh ahli kita. Lazimkan lidah kita dengan kata-kata berkenaan akhirat, dosa pahala, syurga neraka, hidup selepas mati dan sebagainya. Penulis melihat bahawa rata-ratanya ahli kita amat kurang penekanan tentang perkara itu. Kebiasaannya apabila bertemu sesama kita, topik kita kebiasaannya tidak lari dari samaada mengutuk UMNO, mengutuk pimpinan negara yang sedia ada dan yang sewaktu dengannya. Mungkin bagi kita, perkataan-perkataan seumpama itu amat manis menjadi halwa mulut dan telinga, namun hakikatnya ianya tidak membawa faedah selain daripada menyemarakkan persengketaan sesama kita di peringkat bawahan ini. Sepatutnya kita diperingkat akar umbi ini, perlulah menyuburkan perasaan kasih sayang dan mengeluarkan perkataan yang baik-baik kerana kalau kita lihat disekeliling kita dikalangan orang UMNO sekalipun, mereka kadangkalanya ahli keluarga kita, jiran tetangga kita dan orang-orang yang rapat dengan kita.
Sebagai ahli PAS yang adalah juga sebuah Harakah Islamiyah, berkewajipan kita mengajak dan menyeru mereka kepada jalan yang haq dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Tidak perlulah kita berkonfrontasi dengan mereka. Serahkan tugas itu kepada pihak pimpinan kita. Biarlah mereka sesama mereka berhujah dan bertikam lidah dengan kasih sayang dan hikmah manakala kita diperingkat bawahan ini harus berdakwah, menyeru kearah jalan syurga Allah. Jadilah seorang pendakwah yang berkesan!
Selain daripada perlaksanaan secara individu, kita perlulah menjalankan tugas dakwah secara berkumpulan atau kolektif atau amal jama'i. Dakwah secara berkumpulan ini haruslah dijalankan disemua peringkat pemuda baik di cawangan, kawasan ataupun peringkat negeri. Semua ahli harus menggembeling tenaga untuk mengajak manusia mengenal tuhan yang menciptakannya. Kita perlu mengatur program-program dakwah secara berkala. Banyak ruang lingkup dakwah yang masih belum lagi diterokai. Kita perlu sedar bahawa masyarakat amat jauh dari Islam. Bermacam-macam budaya yang tak sepatutnya telah menyerap didalam masyarakat. Tidak perlulah penulis menyatakan disini kerana semua sudah sedia maklum. Antara program dakwah yang kita boleh laksanakan ialah:-
Terlibat dalam komuniti masjid. Masjid merupakan pusat dakwah semenjak daripada tertubuhnya dakwah nabi lagi. Dakwah Nabi Muhammad sallahualaihiwasallam berpusat dimasjid. Masjid Nabawi menjadi saksi kepada perkembangan Islam keseluruh pelosok alam ini. Dan kita sepatutnya mengambil iktibar ini untuk menjadikan masjid sebagai pusat dakwah kita. Dengan melibatkan diri dengan masjid, kita boleh menyusun atur program-program dan pengisian yang sesuai. Kita boleh ambil contoh penghayatan masjid yang telah dilaksanakan di Masjid Batu, Permatang Pauh,Pulau Pinang. Program-program yang disusunatur begitu menarik sekali bukan sahaja menyebabkannya berjaya menarik penduduk tempatan bahkan negeri sejiran pun amat mengenali akan nama Masjid Batu khususnya para pencinta ilmu. (Kalau yang tidak biasa ke masjid, sebutlah masjid apa pun, memang tak tahu). Kalau boleh, masjid di tempat kita atau cawangan kita atau kawasan kita mempunyai pusat ilmu dan dakwah seperti itu. Memang tidak dinafikan disana banyak masjid-masjid yang makmur dan subur dengan program-program dakwah. Namun ianya masih belum dapat menampung mad'u (orang yang menjadi target dakwah) yang terlalu ramai.
Program dakwah diluar masjid seperti pasar malam, kelab malam, pasar raya, padang bola, tempat konsert, expo dan sebagainya. Program seumpama ini adalah menggunakan konsep 'Kalau mereka tidak datang kepada kita, kita datang kepada mereka'. Program seumpama ini memerlukan perancangan teliti dan kita perlulah bermesyuarat tentang cara bagaimana kita hendak melaksanakannya bersesuaian dengan tempat kita ini.
Program banteras maksiat. Memang terlalu banyak maksiat yang berleluasa di sekitar kita ini. Sehinggakan penulis pernah berbicara dengan seorang imam yang berasal dari negara luar yang mana katanya,"Syeikh, ana ni bila sampai Malaysia, separuh Quran yang ana hafal telah hilang dari ingatan." Menurutnya lagi, ini semua adalah kerana terlalu banyak maksiat yang berlaku didepan mata kita sehingga kita pun sudah tidak terlarat untuk membendungnya lagi. Antara maksiat yang agak nyata didepan mata kita ialah masalah 'couple' dan berjudi.
Dua masalah ini memang telah berleluasa terutamanya dikalangan orang Islam kita. Ianya dilakukan secara terang-terangan tanpa segan silu lagi. Sudah tentulah faktor utamanya kerana kurang perihatinnya pihak kerajaan terhadap gejala itu ditambah lagi dengan faktor galakan daripada pihak kerajaan sendiri dengan pusat-pusat judi 'halal' yang berleluasa dimana-mana. Jadi dalam suasana yang sebegini sebelum PAS dapat berkuasa dan membuat pembaikan secara menyeluruh, ahli-ahli PAS perlulah bersungguh-sungguh berusaha untuk menyediakan medium yang baik kepada kerajaan Islam yang bakal dibentuk. Dakwah secara intensif perlulah dibuat!
Program-program pendidikan perlulah diatur di taman-taman bunga, tempat rekreasi, pusat-pusat judi seperti sport toto dan empat nombor ekor. Cara yang paling mudah ialah dengan mengumpulkan 5-10 orang petugas, sediakan risalah berkenaan dan edarkan kepada 'target' kita dengan senyuman dan tidak perlu berkata apa-apa. Selesai. Kalau di hadapan pusat judi, sediakan risalah berkenaan judi dan kalau ditaman bunga, sediakan risalah berkenaan pergaulan lelaki perempuan dan yang lain yang bersesuaian.
Kalau ingin lebih 'advance' lagi, kita lantik jurubicara dan buat sedikit ceramah dengan penuh kasih sayang.
Harapannya dengan usaha yang sedikit ini akan menarik hidayah daripada Allah untuk masyarakat kita di Malaysia.
Berikut di kepilkan kata-kata Imam As Syahid Hassan Al Banna di dalam kitabnya “Ini jalanku”.
“*Hasan Al-Banna (1906-1949). Pengasas dakwah Ikhwan Muslimin.*
Apa sahaja bidang pekerjaan kita seperti guru, peguam, petani dsb, ia adalah satu bentuk pengkhususan. Jika ianya penting untuk umat maka jatuh hukumnya menjadi Fardhu Kifayah. Berbeza dengan Dakwah, seperti menuntut ilmu asas, ia bukan satu pengkhususan, akan tetapi ia wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam jika Syariat Allah belum ditegakkan. Oleh itu hukumnya adalah Fardhu Ain.
Allah swt menjadikan Dakwah sebagai sebaik-baik profesyen bagi seseorang yang mencari dan menuju keredhaanNya. FirmanNya bermaksud, *"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang Berdakwah (manusia) kepada Allah, beramal soleh dan berkata 'Sesungguhnya aku seorang Islam'?"*(Al-Quran).
Dengan ini, perkataan dan ucapan seorang Pendakwah lebih baik dari perkataan para peguam, petani, doktor, akauntan dll.
Sebaik-baik amal ialah amal yang sangat diperlukan ketika itu atau yang
mengikut keutamaan. Contohnya ketika hampir musim peperiksaan, amal yang
terbaik atau keutamaan ketika itu ialah mengulangkaji pelajaran. Bahkan kata Ibnu Qayyim, di antara strategi Syaitan dalam memesong manusia selain mengajaknya kufur, bid'ah, melakukan dosa besar dan kecil ialah merosakkan aturan keutamaan dalam hidup seseorang, hingga dia tidak tahu lagi apakah yang sepatut didahulukan dan apa yang patut dikemudiankan.
Jika kita melihat ciri-ciri para Mujaddid setiap kurun, ternyata bahawa mereka adalah penyelesai kepada isu yang dihadapi ummah ketika itu.
*"Sesungguhnya Allah akan membangkitkan disetiap permulaan kurun seorang yang akan memperbaharui (memberi nafas baru) untuk umat ini akan urusan agama mereka"*(Hadis).
Mujaddid Pertama, Umar Abdul Aziz (99H), seorang Khalifah yang berciri
Khulafak Rasyidin dibangkitkan ketika hal keadaan dalam negara Islam dan umatnya masih utuh kecuali tingkahlaku ramai khalifah-khalifahnya.
Mujaddid Kedua, Imam As-Syafie (199H), tokoh ulamak fiqh zamannya dan pengasas ilmu Usul Fiqh dibangkitkan ketika Islam berkembang pesat ke banyak pelusuk dunia dan bertemu dengan berbagai permasalahan kehidupan masyarakat yang sangat memerlukan ijtihad yang berbagai pula.
Di hari ini, semua kita tanpa mengira apa latarbelakang pengkhususan, mesti sepakat memahami apakah keutamaan hidup kita yang sebenar? Apakah
permasalahan terbesar yang umat sedang hadapi di dunia amnya dan d Malaysia khususnya? Permasalahan terbesar umat Islam hari ini tidak lain selain
hilangnya identiti Islam di dalam diri dan jiwa yang mengakibatkan runtuhnya sistem Islam di bumi dan negara mereka.
Oleh itu profesyen atau tugas terpenting pula ialah Dakwah iaitu mendidik
diri dan masyarakat sekeliling ke arah menuju keredhaan Allah swt dengan menegakkan kembali sistemNya di muka bumi dan mendominasikan agamaNya
mengatasi agama-agama yang lain.
*"Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan Hidayah dan Agama yang benar, agar Dia mendominasikan Agama tersebut mengatasi agama-agama yang lain walaupun orang-orang kafir tidak menyukai"* (AL-Quran).
Oleh itu, seorang guru tidak sepatutnya tenggelam dengan rutin karier hariannya dengan timbunan buku dan aktiviti ko-kurikuum semata-mata, bahkan
berusaha mendidik seramai mungkin pelajar dalam usrah, qiyamullail, rehlah dsb sehingga terbentuk individu-individu yang kuat memahami dan menghayati Islam yang sebenar. Seorang doktor tidak sepatutnya hanyut dengan karier hariannya mengubati sakit fizikal pesakit demi pesakit di klinik atau hospital, akan tetapi yang lebih penting ialah bagaimana dia dapat bersama dengan pendakwah-pendakwah lain bekerja keras atau memimpin usaha mengubati hati dan jiwa individu dan masyarakat Islam yang sedang parah pada hari ini hingga jasad Khalifah Islam yang besar dan bertahan lebih 1300 tahun runtuh tidak bermaya.
Hakikat dan kesedaran yang sama ingin kita tanamkan dijiwa dan kefahaman seorang kerani, pegawai, peguam, pensyarah dan selain mereka. Nilaian prestasi hidup mereka yang sebenar terletak kepada perlaksanaan Fardhu Ain terlebih dahulu sebelum prestasi Fardhu Kifayah mereka.
Akhir sekali, setiap kita yang bekerja saban hari dan memiliki kesedaran yang tinggi terhadap apa yang kami huraikan di atas pasti akan menghadapi dua perkara besar di hadapan iaitu (i) fokus dan (ii) masa.
Dalam kesibukan belajar atau bekerja dengan karier masing-masing, sering fokus kita terhadap tugas-tugas Dakwah terganggu. Ramai orang pula dapat menjaga fokusnya, namun setelah tenggelam dengan pelajaran dan pekerjaan, saki baki masa yang terluang untuk Dakwahnya amat menyedihkan. Akhirnya tidak jauh berbeza di dalam masyarakat di antara mereka yang sedar, separuh sedar dengan mereka yang lalai dari tanggungjawab memikul tugas para Rasul yang mulia ini … Dakwah kepada Allah swt.”

MOTIVASI AMILIN 11- Usrah yang bagaimana?
Perkataan 'Usrah' merupakan suatu terminologi yang sudah biasa kita dengari terutamanya ahli jamaah yang sudah lama berkecimpung dalam PAS. Ada yang sudah sepuluh tahun atau dua puluh tahun terlibat dengan usrah.
Menurut pemerhatian penulis, terdapat kekeliruan dikalangan ahli kita berkenaan 'usrah' ini. Maaf penulis pohon, hingga ada juga sesetengah ustaz yang kurang faham berkenaan 'usrah' ini (Maaf dipohon, semoga Allah merahmati kita). Ada yang menganggap usrah dan kuliah itu sama sahaja. Usrah yang dijalankan hanyalah tidak berbeza dengan kuliah-kuliah biasa di masjid. Cuma bezanya adalah isikandungan 'kuliah' tersebut yang berbentuk harakiah.
'Usrah' yang kurang roh usrah yang sebenar menjadi hambar menyebabkan ahli-ahli usrah tidak merasa penting jika tidak hadir ke usrah.
Bagaimana usrah yang sebenarnya? Bagaimanakah kita hendak menghidupkan usrah agar ianya menjadi penggerak utama kepada jemaah? Adakah usrah yang kita jalankan selama ini berjaya membuahkan kesan kepada jemaah? Atau sekadar memenuhkan ruangan 'aktiviti' didalam buku laporan setiap kali mesyuarat agung berlangsung.
Tarbiyah kita terutamanya pemuda sangat-sangat bergantung kepada usrah. Ayuhlah kita buat reformasi atau penyusunan semula kepada usrah kita. Apa yang ada kini sudah tidak membantu kepada jamaah. Dengan adanya ‘usrah yang sebenar’, kita akan mampu bergerak dengan lebih maju lagi kedepan. Dengan mantapnya usrah, kita dapat mengatur gerak kerja tarbiyah, dakwah dan jihad dengan lebih hebat lagi. Sahabat-sahabat teruskan bacaan topik ini jika mahu tahu apa yang penulis maksudkan disini. InsyaAllah, dengan izin Allah.
Definisi 'Usrah' ialah keluarga. Alif, Sin, Ro, Ta Marbuthoh – Usrah ( اسرة ). Apa ada pada sebuah keluarga? Ayah, ibu, anak-anak, kenal, ambil berat, aktiviti bersama, sayang, kasih, cinta dan bermacam-macam lagi ciri-ciri yang ada dalam usrah. Okay, sebagai suatu persoalan, wujudkah perkara-perkara tersebut dalam 'usrah' yang kita bina selama ini? Wujudkah kasih sayang dalam 'usrah' kita? Wujudkah ayah yang menjadi tempat tumpuan kita? Wujudkah ibu yang membantu kebajikan anak-anak dalam usrah kita selama ini? MasyaAllah, rasanya kita gagal sejak dari awal lagi. Dari segi definisinya pun sudah tidak kita tepati!!.
Yang ada kini hanyalah tidak lebih dari pertemuan biasa. Kita hanya kenal begitu-begitu sahaja terutamanya bagi orang yang bukan orang tempatan. Perkara ini mungkin berbeza jika naqib dan ahli-ahlinya orang tempatan yang sudah kenal lama sejak kecil lagi. Malangnya perkara ini jarang berlaku.
Maka, para naqib yang dilantik perlulah mewujudkan suasana usrah yang sebegitu sepertimana usrah nabi dengan para sahabat. Sepertimana usrah yang telah dipraktikkan oleh anggota-anggota Ikhwaanul Muslimin. Asas kepada usrah adalah ‘ukhuwwah’. Satu persoalan, sejauh manakah ukhuwwah yang telah kita bentuk dalam usrah yang telah kita laksanakan selama ini?
Allah berfirman,
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat; 10)
Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda,
“Orang-orang mukmin kepada mukmin yang lain itu seumpama bangunan yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain.”
Tambah baginda lagi,
“ Perbandingan orang-orang mukmin dalam ertikata kasih saying mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”
Dan disana banyak lagi dalil yang menunjukkan kepentingan ukhuwwah islamiyah di antara kita. Aktiviti usrah yang membina kepada kekuatan ukhuwwah perlulah kita sama-sama junjung. Banyakkan aktiviti yang boleh meningkatkan ukhuwwah sesama kita di semua peringkat. Dari negeri ke kawasan, dari kawasan ke cawangan dan begitu jugalah sebaliknya.
Dan yakinlah bahawa pada suatu hari nanti ukhuwwah yang perlu kita jalinkan sesama muslim adalah ukhuwwah antara negara kerana kita semua orang Islam adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit, baik putih, hitam, kuning, merah,biru dan sebagainya.
Sebagai naqib dan pimpinan jemaah, kita mestilah merasakan setiap individu dalam ‘database’ kita sangat penting. Kalaulah ada 200 orang yang berdaftar dengan kita, kita mestilah merasakan bahawa setiap seorang daripada mereka merupakan asset jemaah yang sangat berharga. Setiap daripada mereka perlu diprogramkan sebaik mungkin. Semua program seperti usrah-usrah, program riadhah, ceramah, forum-forum, majlis-majlis ilmu, pelajaran, perkelahan/mukhayyam, pengembaraan, ekspedisi, operasi ketenteraan, risalah-risalah, sebaran-sebaran, lembaran-lembaran suratkhabar dan majalah yang telah, sedang dan akan terus kita buat, semuanya itu dinamakan wasilah atau jalan dan alat untuk mempersiapkan individu muslim secara beransur-ansur di dalam persiapan ini.
Praktikal Usrah dan Tarbiyah.
Itu dari sudut teorinya. Nampak macam senang dan mudah. Namun, hakikatnya dari segi perlaksanaan tidaklah seindah yang dikata. Benarlah kata-kata AsSyahid Hassan AlBanna yang menuturkan bahawa medan kata-kata tidak sama dengan medan amal.
Pemerkasaan tarbiyah perlulah bermula dari sudut organisasi perlaksanaannya. Kalau dalam organisasi kita ini disudut pemudanya ialah Lajnah Tarbiyah Negeri. Bagaimanakah organisasi tarbiyah kita dari segi keahliannya? Adakah kita mempunyai paduan ahli yang mantap dalam organisasi tarbiyah kita? Adakah ketua lajnah tersebut benar-benar komit dan boleh menghasilkan impak maksima kepada taraf tarbiyah ahli-ahli pemuda kita?
Bagaimanakah pula dengan matlamat kita? Adakah kita mempunyai matlamat tarbiyah yang jelas? Matlamat jangkamasa panjang? Matlamat jangka masa pendek?
Bagaimana kita menyusun atur program kita? Adakah menepati matlamat jangkamasa panjang dan pendek yang telah kita targetkan?
Bagaimana pula tumpuan/pemantauan kita diperingkat pemuda yang lebih bawah lagi? Pemuda di kawasan bagaimana? Adakah sistem tarbiyah dan usrah mereka teratur dan terancang dan berjalan dalam menepati matlamat jamaah secara keseluruhan? Bagaimana pula dengan sahabat-sahabat kita diperingkat cawangan pula? Adakah mereka juga dilibatkan dengan program usrah dan tarbiyah?
Marilah kita sama-sama fikirkan untuk maslahat kita bersama.
Naqib usrah perlu ada kemahiran memasak (cooking skill) - selingan.
Sekadar selingan, semasa menuntut di Australia dahulu, penulis sangat rajin memasak berbanding sekarang. (Mungkin kerana sekarang ini makanan disediakan oleh isteri tersayang). Semua ini adalah kerana dorongan senior-senior yang memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menarik junior agar tertarik kepada kita dalam gerak kerja dakwah.
Penulis masih ingat lagi sewaktu hadir kerumah ahli usrah di Melbourne dulu. Janji dengan anak usrah untuk memasak ayam panggang berempah. Pada siang harinya, penulis beserta rakan senior menyediakan kelengkapan untuk memasak ayam panggang. Tepat pada waktu usrah, kami membawa ayam beserta kelengkapan memasak ke kediaman anak-anak usrah. Kelihatan mereka sungguh seronok sekali menerima kedatangan naqib usrah mereka ini. Maklumlah, 'makan free'. Siapa akan menolak kalau dijamu makan percuma. Yang pentingnya, selesai makan, kami sebagai naqib berpeluang untuk menyampaikan risalah Islam dan dakwah kepada mad'u kami itu. Dan mereka merasakan bahawa aktiviti usrah itu adalah suatu yang menyeronokkan.
Antara skill memasak lain yang penulis pelajari ialah nasi briani, kambing panggang, barbeque, beef steak, macaroni, karipap, roti canai, nasi goreng, lauk-pauk dan macam-macam lagi. Rasanya boleh tulis buku resepi. Tapi, kebiasaannya pelajar ‘oversea’ akan mempunyai kemahiran tersebut. Paling tidak pun, boleh masak Maggi sendiri!
NASI BRIANI LAPIS (KAMBING/LEMBU)
2 kg beras briani
2 kg daging kambing/lembu
500 gm minyak sapi QBB
300 gm bawang kecil (dihiris, digoreng)
600 gm bawang besar (dihiris)
500 gm tomato (dihiris halus)
100 gm halia
80 gm bawang putih
50 gm badam
50 gm gajus
1 tin sederhana tomato puri
½ tin susu cair
½ botol air mawar
50 sen rempah tumis
sedikit daun pandan
50 sen daun pudina
50 sen daun ketumbar
$2 rempah beriani
¼ cawan tairu
sedikit koma-koma
100 gm lada hijau
1 biji limau nipis
sedikit pewarna kuning
sedikit garam kasar
CARA MEMASAK
Goreng bawang kecil dengan menggunakan minyak sapi. Setelah itu minyak sapi tadi diketepikan. Halia, bawang putih, lada hijau, badam dan gajus hendaklah dikisar hingga halus secara berasingan.
Masukkan minyak sapi tadi ke dalam sebuah periuk. Kemudian masukkan daging, bawang besar hiris, tomato, daun pudina, daun ketumbar, halia, bawang putih, lada hijau, tairu, rempah tumis daging dan garam. Masaklah di atas dapur sehingga mendidih. Apabila daging ¾ masak, masukkan bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan tomato puri dan biarkan mendidih lagi. Selanjutnya, masukkan rempah beriani, kacau dan tutup biar mendidih. Sesudah itu rasalah masam masinnya.Kalau kurang masamnya, bolehlah ditambah dengan perahan air limau nipis tadi. Akhir sekali, masukkan badam, gajus dan pewarna kuning lalu dimasak sebentar. Kemudian ceduklah minyak yang terdapat pada daging beriani tadi untuk dilapis pada nasi.
UNTUK MEREBUS BERAS
Kosek beras dan rendam kira-kira 10 minit lalu ditoskan. Jerang air secukupnya di dalam sebuah periuk bersama 1 batang kayu manis, 5 bunga cengkih dan 3 biji pelaga, daun pandan dan garam. Apabila air mendidih, masukkan beras dan dikacau sekali sekala. Setelah beras 3/4 masak (keadaan seperti biji limau), diangkat dan ditoskan kepada 3 bahagian.
UNTUK MELAPIS BERAS DAN DAGING
Ceduk minyak yang berada pada daging bersama 2 senduk kuah beriani lalu dicampur dengan susu cair. Jika minyaknya kurang, bolehlah ditambah sedikit minyak sapi. ……………Bahan A
Koma-koma direndam dengan ¼ cawan air. Setelah itu , campurkan dengan air mawar dan sedikit pewarna kuning. …….………. Bahan B
Panaskan periuk dan dibubuh sedikit minyak sapi. Taruh 1 bahagian beras, diratakan dan dibubuh daging beriani di atasnya. Taburkan sedikit daun ketumbar dan direnjis dengan Bahan A dan Bahan B.
Ulang proses ini sehingga ketiga-tiga bahagian beras tadi selesai. Tutup periuk dan dibubuh bara arang di atasnya jika perlu. Kecilkan api dan biarkan nasi masak kira-kira ½ jam.

Subscribe to:
Comments (Atom)