Semasa menghasilkan penulisan ini, aku membelek-belek diariku yang lebih 8 tahun dahulu tersimpan di almari bukuku itu sebagai rujukan penulisanku. Mataku tertumpu kepada satu ‘Program Usrah’ yang pernah aku catatkan suatu ketika dahulu.
1:00pm – Bertolak dari Melbourne ke Werribee
3:00pm – Solat Asar di Werribee Islamic College
Tangkap kambing biri-biri selepas Asar
5:30pm – Solat Maghrib dan ‘dinner’ kambing golek panggang
8:00pm – Solat Isyak dan input daripada Syeikh Ummar
11:00pm – tidur
5:00am-Qiyamullail berjemaah
6:00am –Solat Subuh
6:30am – Kuliah Subuh, sarapan
8:00am – Pengisian oleh Syeikh Ummar
10:00am – Bersurai
Begitulah lebih kurang bentuk model usrah kami yang kami pernah jalankan pada setiap dua minggu.
Sebagai maklumat pembaca, 3 lokaliti utama pelajar sewaktu aku menuntut suatu ketika dahulu adalah di Melbourne(City), Clayton dan Reservoir yang mana City terletak di tengah-tengah diantara Clayton dan Reservoir yang mana masing-masing berjarak lebih kurang 30km. Clayton ke City lebih kurang 30km atau 20 minit perjalanan keretapi dan Reservoir ke City lebih kurang 30km atau 20 minit perjalanan keretapi. Ini bermakna, perjalanan dari Reservoir ke Clayton, lebih kurang 40minit ke 1 jam perjalanan dengan keretapi.
Aku telah diamanahkan untuk menyelia perjalanan usrah bagi pelajar-pelajar Melayu di ketiga-tiga lokaliti tersebut. Bagiku, kewujudan usrah di bumi Australia ini sangat penting kerana ianya adalah salah satu medium yang ‘menjaga’ anak-anak muda jagung yang tidak tahu apa-apa tentang bahaya di bumi asing ini. Maklum sahajalah, suasana disini tidak sama dengan suasana kita di Malaysia. Kalau tiada iman dalam diri kita, alamatnya kita boleh jadi tergelincir dan terjebak ke lembah kehinaan. Disini, tiada ibu dan ayah yang menasihati kita dan tiada guru disiplin yang mengekori segala gerak geri kita. Cabaran cukup kuat disini kerana maksiat berleluasa. Majalah-majalah lucah dijual setaraf dengan akhbar harian. Pusat-pusat pelacuran seumpama kedai kopi, menjual pelacur semudah jualan roti canai di pagi hari. Jadi, aku dan beberapa sahabat telah berusaha sedaya upaya menjaga iman sahabat-sahabat dan adik-adik yang ada di sini.
Perkara pertama yang penting dalam usrah ini adalah bahan usrah. Ahli-ahli usrah ini pelbagai. Ada yang ada asas agama dan ada yang kurang. Maka pemilihan bahan dalam usrah adalah menurut tahap pemikiran ahli-ahli usrah.
Perkara kedua dalam usrah ini adalah komunikasi dan hubungan peribadi. Pelbagai cara yang digunakan untuk mewujudkan hubungan sesama kami. Konsep ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ menjadi pegangan. Apabila sudah wujud perkenalan, maka lahirlah perasaan cinta. Bila sudah cinta, maka apa sahaja bisa dilakukan.
Perkara ketiga dalam usrah adalah komitmen terhadap jadual pertemuan yang telah dirancang. Kalau sudah ditetapkan dalam perancangan untuk mengadakan pertemuan usrah pada setiap dua minggu, maka ketetapan itulah yang diikuti. Kalau tamrin ditetapkan pada setiap tiga bulan, maka ketetapan itulah yang akan dipatuhi.
Banyak suka dan duka dalam usrah ini yang kulalui sepanjang empat setengah tahun berada disini. Banyak cabaran dan mehnah yang dilalui. Antaranya cabaran utama ialah faktor jarak dimana untuk setiap kali usrah, kami terpaksa ‘travel’ sekitar 40km ke 60km samada dengan ‘public transport’ ataupun kenderaan persendirian. Namun demikian, kerana perasaan cinta kepada sahabat, jarak yang jauh itu terasa amat dekat dan pertemuan usrah itu merupakan suatu yang sangat menyeronokkan. Dan kini selepas hampir 10 tahun semasa jari jemari ini mengetik ‘keyboard’ ianya menjadi memori yang cukup indah.
Aku masih lagi teringat suatu ketika dahulu bahawa pada setiap kali usrah pada musim sejuk, kami terpaksa mengusung bersama kami selimut tebal (atau kami panggil ‘quilt’) dan ‘heater fan’ (kipas pemanas badan). Subhanallah, diwaktu itu kami begitu bersemangat dan cukup seronok apabila setiap kali dijemput untuk ber‘usrah’.
Namun semua itu telah tinggal kenangan dan tidak mungkin kembali kerana keadaan diri masing-masing sudah berbeza daripada dahulu. Komitmen sekarang tidak seperti dahulu. Ramai bekas ahli-ahli usrah kami telah beranak pinak dan telah berkhidmat dan mencurahkan bakti di lokaliti masing-masing. Harapannya madrasah usrah yang pernah dilalui dahulu bisa menghasilkan manusia yang akan menghasilkan manusia lain yang berfungsi sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Akhirnya, suka aku berkongsi satu emel yang pernah aku hantar kepada salah seorang yang pernah aku percayai,
“Tajuk :Minta Tolong
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Assalamualaikum..Moga-moga ahki wa ukhti berada dalam lingkungan rahmat Allah dan senantiasa dipayungi kasih sayang dari Allah Rabbul Jalil. InsyaAllah tak lama lagi ana akan pulang ke Australia untuk meneruskan perjuangan di bumi Kanggaroo itu. Cuma ana ada satu ‘request’ dari ana untuk antum berdua yang akan berjuang di bumi Malaysia ini. Kalau boleh akhi dan ukhti jangan kecewakan ana lerr.
Frankly speaking, dalam banyak-banyak anak-anak usrah ana yang dah graduate, ana nampak potential yang besar dalam diri antum berdua untuk pegang responsible ini. Kerja ini bukanlah berat sangat tetapi memerlukan komitmen,mujahadah dan istiqomah yang tinggi dari kita. By the way, ana yakin dengan antum dan bertawakkal kepada Allah.
Ana Cuma nak request dari akhi dan ukhti agar ambil berat dengan sahabat dan sahabiah kita yang dah graduate dan pulang ke Malaysia. Mana-mana sahabt kita yang pernah ikuti program tarbiyah kita masa di Melbourne, please keep in touch with them. Kalau boleh, jangan pentingkan diri sendiri. If possible, please list down their names in our diary and fix a time to give them a phone call for a certain period (say once a month)
Akhi wa ukhti, ahli kita dah la tak ramai. Kalau yang tak ramai itu yang pernah kita tarbiyah, kita sia-siakan, sayang bukan? Just bear in mind that the tarbiyah is continuous. If does not stop at Melbourne. It will continue until the last of our breath.
Kalau boleh, pastikan mereka semua hadir ke program alumni kita. Gerakkan pemuda-pemudi kita agar bergegar bumi ini dengan suara Islam.
Disamping itu, kita janganlah lupa untuk melibatkan diri dalam program-program tempatan kita (cawangan PAS ker, masjid ker, office kita ker). Please involve and have concern on the problems relating to our Ummah. Begitu juga, cuba sedaya upaya untuk bina kualiti diri sebagai seorang muslim dan muslimah sejati. Ingatlah janji Allah “Kalau kamu tolong agama Allah, Dia akan menolongmu dan menetapkan kaki-kakimu.”
One more thing, please differentiate between personal problem and ‘Perjuangan’. Perjuangan kita tetap selari biarpun kita tidak seiring dan sejalan dari sudut peribadinya. Lawan tetap lawanbiar apapun onak dan duri yang menghalang.
All the best, teruskan perjuangan dan doakan ana berjaya dunia akhirat. Jazakumullahu khairan kathiira. Luv U for the sake of Allah.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment