Persoalan tarbiyah harakiyyah merupakan perkara yang agak lama sudah ditinggalkan. Ianya hanya tinggal di dalam kitab-kitab haraki, segelintir di kampus-kampus universiti dan juga sejumlah yang sangat kecil di dalam masyarakat awam PAS.
Tarbiyah yang dimaksudkan ialah tarbiyah harakiyyah. Suatu tarbiyah yang menjurus ke arah pembinaan ahli-ahli PAS sebagai sebuah jamaah Islam. Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawasanya PAS adalah sebuah harakah Islam, sebuah jamaah atau kumpulan yang bergerak, yang ingin membawa masyarakat ke arah pengamalan Islam baik secara individu ataupun secara kolektif, baik di rumah ataupun di peringkat negara sehingga terbentuknya satu Negara Islam.
Ahli-ahli kita perlulah diselaraskan fikrah / pemikiran mereka ke arah pemikiran Islam yang jelas. Antara perkara untuk tindakan yang perlu kita sama-sama fikirkan semula ialah:-
Tajdid Jundi
1. Kemaskini maklumat ahli terutamanya berkenaan latarbelakang pendidikan mereka untuk kita mengenali kefahaman ahli-ahli kita secara detail bagi kita mengatur program tarbiyah.
2. Menjaga semua ahli kita dengan penuh penghargaan kerana setiap ahli kita sangat berharga. Mereka merupakan aset jemaah yang amat bernilai.
3. Risalah tarbiyah - Jaringan komunikasi di antara pimpinan negeri atau kawasan perlulah diwujudkan untuk ahli-ahli diperingkat cawangan. Medium yang dicadangkan adalah Risalah Tarbiyah berkala (setiap bulan) yang di hantar terus kepada mereka melalui pos. Ataupun sekiranya teknologi mengizinkan untuk capaian melalui ruang siber, maka itu adalah lebih baik, cepat dan mudah.
4. Kerap mengadakan perjumpaan dan pertemuan di kalangan ahli. Aktiviti-aktiviti sosial perlu disemarakkan terutamanya di kalangan ahli seperti kenduri kendara, gotong royong dan sebagainya supaya ukhuwwah di kalangan ahli kian subur.
5. Kemaskini modul tarbiyah. Modul yang digunapakai sepanjang tempoh tarbiyah perlu bersesuaian dengan keperluan tempatan. Ianya juga perlulah di kemaskini dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan semasa. Modul yang di atur perlulah mengambil kira keperluan semasa. Biarlah apa yang disusun itu mengambil kira keadaan ahli. Janganlah kita terkongkong dengan modul-modul yang canggih-canggih sehingga kita mengabaikan tahap ahli-ahli. Sesungguhnya kita maklum bahawa ahli kita ini ada bermacam-macam tahap pendidikan dan tarbiyah, maka gunakanlah kebijaksanaan kita untuk memilih pendekatan yang sesuai.
6. Jadualkan tamrin sekurang-kurangnya 4 bulan sekali bagi setiap kawasan.
7. Qiyamullail berjemaah sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi setiap kawasan.
8. Usrah sekurang-kurangnya 2 minggu sekali bagi setiap DUN.
Memanglah nampak susah untuk perlaksanaan. Namun kita perlu ingat bahawa tugas kita untuk menegakkan daulah Islamiyah adalah merupakan tugas yang amat berat, maka persediaan yang perlu kita buat juga mestilah setara dengan matlamat kita.
Kini sudah terlalu banyak teori di pasaran berkenaan tarbiyah ini. Modul demi modul telah direka cipta oleh ramai cerdik pandai dan alim ulama. Tidak cukup bahan di dalam negara, diluar negara sana terdapat berlambak-lambak kitab yang membincangkan hal ini. Teori sahaja tidak memadai seandainya semua itu tidak di terjemahkan melalui tindakan. Kata-kata,ceramah-ceramah dan buku-buku motivasi semata-mata tidak lengkap tanpa ada agen yang melaksanakannya. Ayuhlah kepada pemuda yang masih belum memulakannya lagi, kita perlu memulakan tindakan dari sekarang. Kepada yang sedang berusaha dalam tarbiyah, teruskan usaha kalian. Takkbirr!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment