Penulis bukanlah ahli dalam bidang ekonomi tetapi penulis tahu bahawa ekonomi ini sangat penting dalam kehidupan kita. Sekadar lontaran idea kampungan dari penulis, penulis ingin membangkitkan kesedaran kita kepada satu kata-kata hikmah yang sangat penting iaitu “Membeli untuk Kebajikan”.
Berpegang kepada konsep itu, penulis ingin menyarankan kepada kita semua untuk memilih membeli dari kedai dan peniaga muslim berbanding dengan peniaga yang bukan Islam. Kalau ada dua kedai runcit yang mana satunya di punyai oleh orang Islam dan seorang lagi bukan Islam, sepatutnya kita memilih untuk membeli dari kedai orang Islam. Itu maksud “Membeli untuk Kebajikan” Kebajikan yang dimaksudkan ialah untuk membantu peniaga muslim itu mendapat untung dari pemberian kita.
Kita sering mendengar jawapan dari pembeli muslim sendiri apabila ditanyakan mengapa memilih untuk membeli di kedai bukan Islam berbanding kedai Muslim. Jawapan yang diberi adalah kerana kedai itu memberikan harga yang lebih murah. Tetapi apabila diperhatikan , murah yang dimaksudkan itu bukanlah ketara sangat. Apalah salahnya kalau kita memberikan lebih seringgit atau dua ringgit kepada peniaga Islam dengan niat membuat kebajikan dengan membantu beliau terus maju dalam perniagaannya.
Kita akui bahawa kebanyakan peniaga Muslim kita kurang pandai berniaga berbanding mereka yang bukan Islam. Tetapi ada juga yang berjaya dan kita patut bantu mereka. Tidak mustahil mereka akan maju dalam perniagaan seandainya kita semua berpakat untuk membantu para peniaga muslim itu.
Sematkan dalam pemikiran kita pada setiap kali membuat pembelian barang harian kita, “Aku Membeli untuk Kebajikan”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment