“Pupuklah Ruhul-Jihad, semangat revolusioner, radikal dan progressif dalam jiwamu, dan bertindaklah sebagai laki-laki dengan perhitungan yang nyata dan pertimbangan yang matang.”- Hassan Al-Banna dalam ‘Usrah dan Dakwah’.
“Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu. Al-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara dan jihadmu.” -Hassan Al-Banna dalam ‘Usrah dan Dakwah’.
Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, kefahaman merupakan elemen yang sangat penting bagi pendokong-pendokong kita. Kefahaman yang dimaksudkan ialah kefahaman yang syumul, lengkap dan murni dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Bermula dengan kefahaman, keikhlasan pula perlu menyusul. Para pendokong agama ini perlulah dilatih untuk ikhlas agar tidak berbuat sesuatu melainkan semuanya kerana Allah Ta’ala. Agar dengan itu, akan lahirlah tentera dakwah, tentera aqidah dan tentera fikrah. Bukanlah tentera yang mengejar ganjaran dan tujuan kebendaan semata-mata, bukan angkatan yang semata-mata mencari kepentingan diri sendiri. Dia mengutamakan kerja dari perkataannya. Apa yang dikatakan itulah yang dikotakan setelah dia mengenali jalan dan mengikhlaskan niatnya kerana Allah semata-mata. Dia membulatkan dirinya untuk dakwahnya (dakwah Islam) dan membebaskan dirinya dari segala prinsip selain Islam dan dari manusia yang tidak menyetujui dakwah Islam. Lantas dia menyediakan dan melengkapkan dirinya untuk berjihad pada jalan Allah demi meninggikan kalamullah dengan mengorbankan segala yang mulia dan yang mahal dari jiwa, harta, waktu dan usaha.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(At-Taubah,111)
Perkataan Al-Jihad (الْجِهاَدُ) dengan dikasrah huruf jim asalnya secara bahasa bermakna (الْمَشَقَّةُ) yang bermakna kesulitan, kesukaran, kepayahan.
Dari sudut istilah syara pula ia bermakna: “Mencurahkan segala kemampuan dalam memerangi orang-orang kafir atau musuh.” (Fathul Bari, 6/5; Nailul Authar, 7/208; Asy-Syarhul Mumti’, 8/7).
Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma berkata: “(Jihad adalah) mencurahkan kemampuan padanya dan tidak takut karena Allah terhadap celaan orang yang suka mencela.”
Muqatil rahimahullah berkata: “Beramallah kalian karena Allah dengan amalan yang sebenar-benarnya dan beribadahlah kepada-Nya dengan ibadah yang sebenar-benarnya.”
Abdullah ibnul Mubarak rahimahullah berkata:“(Jihad adalah) melawan diri sendiri dan hawa nafsu.” (Zaadul Ma’ad, 3/8)
Dalam tinjauan syariat Islam (pengertian secara umum), jihad juga diistilahkan kepada mujahadatun nafs (jihad melawan diri sendiri), mujahadatusy syaithan (jihad melawan syaithan), mujahadatul kufar (jihad melawan orang-orang kafir) dan mujahadatul munafikin (jihad melawan kaum munafik).
Begitu banyak ayat-ayat yang mensyariatkan jihad.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau berat. Dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.” (At-Taubah: 41)
“Hai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka.” (At-Taubah: 73)
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.” (Al-Hajj: 78)
“Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Qur’an dengan jihad yang besar.” (Al-Furqan: 52)
“Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka.” (At-Tahrim: 9)
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata pada Yaumul Fath (Fathu Makkah): “Tidak ada hijrah setelah Fathu Makkah, akan tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Dan apabila kalian diminta untuk pergi atau berangkat berperang maka pergilah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Hafidz rahimahullah berkata: “Pada hadits ini terdapat berita gembira bahwa kota Mekkah akan tetap menjadi negeri Islam selamanya. Di dalamnya juga terdapat dalil tentang fardhu ‘ainnya keluar dalam perang (jihad) bagi orang yang dipilih oleh imam.” (Fathul Bari, 6/49)
Jihad dan Praktikal di dalam jamaah kita
Para pendokong jamaah Islam dituntut supaya melatih dirinya dan beriltizam mematuhi perintah pemimpin jamaah dan melaksanakannya di waktu senang atau susah, di waktu suka atau benci kerana sesungguhnya jalan dakwah itu adalah jihad yang tidak boleh berhenti dan tidak boleh dielakkan. Dakwah dan jihad adalah satu perjuangan yang berterusan untuk sampai kepada tujuan. Segala ujian dan dugaan yang hebat serta dahsyat tidak akan mampu diharungi kecuali oleh orangorang yang benar. Tidak ada sesuatu yang boleh menjamin kemenangan kecuali ketaatan dan persaudaraan yang benar yang berdiri di atas cinta-menyintai dan kasih sayang di antara orang muslim yang lain.
Tahap persaudaraan paling minima ialah terpelihara hatinya dari bersangka buruk terhadap mana-mana saudara muslim yang lain. Setinggi-tinggi tahap persaudaraan itu ialah mengutamakan saudaranya yang muslim lebih dari daripada kepentingan dirinya sendiri.
Semangat jihad sudah kian hilang dari jiwa pemuda masakini. Mungkin faktor persekitaran yang terlalu kuat ‘keduniaannya’ menyebabkan kita sudah lupakan jihad. Hambatan dunia yang cukup hebat telah melalaikan kita semua dari perkara yang sangat penting ini. Kita telah disibukkan dengan kerja shift kilang yang tidak menentu, anak-anak dan isteri yang kadangkala ‘menyusahkan’ kita, perniagaan yang tidak kenal siang dan malam, keselesaan di dalam rumah di hadapan kaca televisyen menonton siaran Astro dan pelbagai lagi perkara-perkara dunia yang melupakan kita tentang jihad.
Para nuqoba’ dan pemimpin jamaah perlulah meningkatkan lagi usaha kearah memastikan agar semangat jihad ini sentiasa subur dalam jiwa pendokong-pendokong dan para amilin kita. Latihan-latihan atau tamrin untuk mengasah jihad perlulah ditingkatkan.
Manusia yang paling sempurna di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah yang menyempurnakan seluruh tingkatan jihad bermula dari mujahadah diri sehinggalah mujahadah yang lebih besar. Mereka berbeda-beda tingkatannya di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesuai dengan penempatan diri mereka terhadap tingkatan jihad tersebut. Oleh karena itu, manusia yang paling sempurna dan mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala adalah penutup para Nabi dan Rasul, yaitu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. Karena beliau telah menyempurnakan seluruh tingkatan jihad yang ada dan beliau telah berjihad dengan jihad yang sebenar-benarnya. Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melakukan jihad sejak awal diutus hingga wafatnya, baik dengan tangan, lisan dan hati serta hartanya. (Zaadul Ma’ad, 3/9-11)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment