Dari Abu Zar r.a. juga bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu setiap paginya hendaklah memberikan sedekahnya, maka tiap setasbihan - bacaan subhanallah - adalahsedekah, tiap setahmidan -bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah, tiap setahlilan bacaan Lailaha illallah - adalah sedekah, tiap setakbiran - bacaan AllahuAkbar - adalah sedekah,memerintah pada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah dan yang sedemikian itu dapat dicukupi - diimbangi pahalanya - oleh dua rakaat yang seseorang itu bersembahyang dengannya di waktu dhuha - antara sedikit setelah terbitnya matahari sampai matahari di tengah-tengah atau istiwa'." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan wasiat padaku untuk melakukan puasa sebanyak tiga hari dalam setiap bulan, juga dua rakaat sunnah Dhuha dan supaya saya bersembahyang witir dulu sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. itu bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahkan dari jumlah itu sekehendak hatinya." (Riwayat Muslim)
Dari Ummu Hani' yaitu Fakhitah binti Abu Thalib radhiallahu 'anha, katanya: "Saya pergi ke tempat Rasulullah s.a.w. pada hari pembebasan - kota Makkah, lalu saya temui beliau s.a.w. sedang mandi. Setelah selesai beliau s.a.w. mandi, lalu bersembahyang sebanyak delapan rakaat. Itulah shalat Dhuha." (Muttafaq 'alaih)
Dari Zaid bin Arqam r.a. bahwasanya ia melihat sekelompok kaum - beberapa orang - sama melakukan shalat Dhuha lalu ia berkata: "Apakah, orang-orang tidak mengetahui bahwa shalat Dhuha di waktu selain ini adalah lebih utama, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Shalatnya orang-orang yang bertaubat itu ialah jikalau anak-anak unta itu telah merasa panas matahari." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya diwasiati oleh kekasihku - yakni Nabi Muhammad s.a.w. dengan tiga macam perkara, yaitu berpuasa tiga hari dari setiap bulan, melakukan dua rakaat shalat sunnah Dhuha dan supaya saya bersembahyang witir sebelum saya tidur." (Muttafaq 'alaih)
Berdasarkan petunjuk daripada hadis-hadis nabi di atas, maka di simpulkan akan kelebihan kepada pengamal-pengamal amalan solat sunat dhuha ini. Para pejuang agama Allah perlulah memberikan perhatian khusus kepada amalan ini. Setelah diberikan dalil-dalil di atas, maka sayugianyalah kita memperuntukkan masa kita barang seminit dua untuk bersolat dhuha. Bagi yang bekerja di pejabat, dicadangkan agar memulakan kerja pejabat kita seawal-awalnya dengan solat sunat dhuha. Bagi yang bekerja sendiri, sudah tentulah kongkongan masa tidak menjadi suatu halangan baginya untuk melaksanakan solat sunat dhuha ini.
Waktu solat di antara Subuh dengan Zohor merupakan masa yang panjang dan sibuk dengan pelbagai aktiviti. Amat indah sekali sekiranya dalam kesibukan seharian kita itu, kita selangkan dengan satu solat untuk mengikat hati kita kepada Allah tatkala kita hati sedang sibuk dengan dunia kerana para pejuang Islam perlulah sentiasa ingat kepada Allah tatkala orang lain sedang lalai.
Amalan ini menjadi hiasan para alim ulama dalam gerakan Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS). Maka sepatutnyalah amalan ini diperturunkan kepada semua peringkat agar hati kita ini sentiasa ingat kepada Allah dan ini akan memudahkan untuk turunnya pertolongan dari Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment