MOTIVASI AMILIN 23 – FIKRAH – Bai’ah

Definisi Al-Bai`ah.
Al-Bai’ah (البيعة) bermaksud janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya.


Nas/Dalil Syarak.
Berdasarkan Firman Allah dalam Al- Quran:


“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka Hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.”
(Al-Fath;10)


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.”
(At-Taubah;111)




Hadis:
- Rasulullah ambil berbagai bai`ah daripada para sahabatnya.

Hukum Bai`ah.
Bai`ah boleh mengambil dua bentuk hukum:
- Sumpah, boleh tarik balik dengan bayar kifarat sumpah:
- merdekakan seorang hamba atau jika tidak mampu
- beri makan 60 miskin atau kalau tidak mampu
- berpuasa sebulan.
- Nazar, tidak boleh tarik balik, dibawa sampai mati.
- Kita memilih bai`ah mengambil hukum nazar.

Huraian.
Rasulullah s.a.w. mengambil berbagai bentuk baiah daripada sahabatnya:
- Bai`ah kerana masuk Islam
- Bai`ah diambil daripada sesetengah sahabat, tidak semua mereka
- Bai`ah al-Aqabah untuk mempertahankan baginda seperti mereka mempertahankan kaum wanita dan anak-anak.
- Bai`ah al-Ridwan untuk tidak lari dari medan perang.
- Bai`ah al-Nisa’ untuk tidak melakukan syirik, mencuri, zina, membunuh anak, tidak mereka-reka pembohongan, tidak melanggar perentah makruf.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat masih terdapat berbagai bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada amir al-mukminin sebagai ketua negara untuk taat dan patuh dalam mentaati al-Quran dan Sunnah.
- Bai`ah khusus tertentu kepada seseorang di samping bai`ah kepada ketua negara, seperti bai`ah tentera kepada ketua tentera.
- Bai`ah kepada sultan dan pemerintah untuk taat dan patuh.
- Bai`ah kepada syeikh tarekat untuk melakukan amal takwa.
Kesimpulannya dalam masyarakat Islam terdapat dua bentuk bai`ah:
- Bai`ah kepada seseorang sebagai amir al-mukminin atau ketua negara yang berdaulat melaksanakan hukum Allah. Ada hukum tertentu.
- Bai`ah untuk melakukan amal tertentu, biasanya diberikan kepada syeikh tarekat sufiyah dan pemimpin gerakan Islam.
Bai`ah yang diberikan kepada amir al-mukminin atau ketua negara diberikan kepada seorang sahaja. Di kenali sebagai bai`ah al-`ammah.Bai`ah amal boleh diberikan kepada sesiapa sahaja, pemberi bai`ah terikat dengan perkara dibai`ahkan sahaja. Dikenali sebagai bai`ah al-khassah. Bai`ah al-khassah tidak boleh menghalang bai`ah al-`ammah.

Bai`ah yang berlaku hari ini berstatus bai`ah al-khassah sehingga muncul seorang yang memiliki kedaulatan dan kuasa melaksanakan hukum Allah. Ada kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dan Bai`ah.
Al-Banna muncul di saat ramai orang mengambil berbagai bai`ah daripada pengikutnya.
- berlaku salah faham sehingga menganggap bai`ah khassah itu adalah bai`ah `ammah
- Imam Hassan Al-Banna cuba perbetulkan keadaan dengan mengemukakan jawapan kepada soalan:
- apakah nilai yang diperlukan gerakan Islam dalam dunia yang serba tempang ini
- bagaimana mereka dapat bergerak dalam satu barisan yang dari barisan itu akan muncul pemimpin berwibawa yang layak mengambil bai`ah daripada umat Islam.
Untuk menjawab soalan ini al-Bana menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslimin dan meletakkan 10 rukun bai`ah yang mesti menjadi sifat kepada anggota Ikhwan. Tanggungjawab Ikhwan ialah :
- Berusaha melahirkan individu yang dalam dirinya diterapkan 10 rukun bai`ah itu.
- Bergerak dalam satu barisan yang kemudiannya dari saf itu akan muncul pemimpin yang berwibawa dan layak mengambil bai`ah daripada ahli.
- Namun sebelum hasrat itu tercapai Ikhwan telah menghadapi tentangan kuasa besar dunia dan kerajaan negeri yang bersekongkol.
- 10 rukun bai`ah ini dapat memenuhi keperluan sebuah gerakan Islam semasa.
- Ahli dan kepimpinan yang lahir dari saf jemaah yang memiliki 10 sifat ini adalah ahli dan qiadah yang perlu wujud di seluruh dunia.
- Sebelum kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman belum berada di tangan qiadah bai`ah yang diambil qiadah adalah bersifat bai`ah khassah. Bai`ah melakukan amal, belum lagi bai`ah `ammah kepada amir al-mukminin.
- Dengan 10 rukun bai`ah dan saf yang dianggotai dan dipimpin oleh mereka yang memiliki 10 ciri ini Ikhwan Muslimin telah meletakkan gerakan Islam di landasan yang sebenarnya.
- Namun gelaran Ikhwan bukan bermaksud mereka yang menamakan diri mereka Ikhwaanul Muslimiin. Tetapi penilaian siapa Ikhwaanul Muslimiin bergantung kepada kewujudan 10 rukun bai`ah itu dalam diri mereka.

Beberapa Perhatian.
i. Kenapa rukun bai`ah itu 10 ?. Kerana gerakan Islam perlukan perincian dalam hal ini. Menyebut persoalan bai`ah secara umum sahaja tiak memadai. Realiti gerakan Islam menunjukkan 10 rukun ini mesti wujud dalam saf jemaah. Kalau tidak ia tidak dapat membuktikan kewujudannya.

ii. Bai`ah yang diambil qiadah di peringkat bawah, negara atau negeri adalah baiah kepada pihak yang lebih atas. Ia bukan untuk dirinya sendiri dan bukan untuk jawatannya di peringkat itu. Ia juga tidak sepatutnya menghalang bai`ah yang lebih umum.

iii. Saf gerakan Islam wujud untuk memastikan perkara-perkara fardu diamalkan. Oleh itu kewujudan saf ini juga fardu, ketaatan kepada qiadah (kepimpinan) juga fardu. Namun demikian bai`ah masih berstatus bai`ah amal, bukan bai`ah kepada amir al-mukminin.

10 Rukun Bai’ah
Faham
Ikhlas
Amal
Jihad
Tadhiyyah (Korban)
Taat
Thabat (teguh pendirian)
Tajarrud ( mengosongkan diri dari fikrah yang menyanggahi fikrah Islam)
Ukhuwwah ( Persaudaraan)
Thiqah (Kepercayaan)

Setiap satu rukun bai’ah itu telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh para alim ulama haraki. Para pembaca boleh merujuk kepada para alim ulama yang arif dalam bidang ini.

Bai’ah dan praktikal masa kini dalam konteks kita sebagai ahli PAS
Secara konseptualnya, bai’ah tadi bermaksud berjanji ataupun taat setia. Sebagai ahli PAS, kita perlu faham bahawa berbai’ah atau berjanji taat setia ini merupakan satu sunnah nabi yang perlu kita ikuti. Maknanya, kalau kita buat dapat pahala, kalau ditinggalkan amatlah rugi kerana kita tidak mendapat apa-apa.
Secara praktikalnya, dalam peringkat umum, apabila kita mengisi borang keahlian PAS, maka kita telah berjanji taat setia dengan Islam, kepada Presiden PAS dan juga jamaah PAS untuk patuh dan akur kepada segala perlembagaan PAS, arahan-arahan pemimpin selagi mana ianya tidak terkeluar dari landasan Islam yang sebenar.
Perkara ini (ketaatan kepada janji taat setia) kalau diamalkan, maka kita akan beroleh pahala kerana kita telah melakukan satu amalan yang mulia. Dan seandainya kita engkar, maka kita adalah berdosa. Dan antara lain implikasinya ialah kita mungkin tergolong dalam golongan yang mempunyai ciri-ciri orang munafiq (wa na’uzubillah) sebagaimana yang di sabdakan oleh Nabi Muhammad sallalahu’alaihi wa sallam bahawa sesiapa yang berbohong apabila berbicara, dia mempunyai salah satu daripada ciri orang munafiq.
Marilah kita sama-sama faham akan konsep ini dalam Jamaah PAS ini. Sesungguhnya penglibatan kita dalam PAS bukanlah seperti penglibatan kita dalam parti politik lain seperti UMNO, DAP, PKR, SUPP, MCA, MIC dan lain-lain lagi.
Apabila kita menyertai PAS, kita telah berjanji dengan Allah.

Apabila kita menyertai PAS, kita telah berjanji dengan Allah.

Apabila kita menyertai PAS, kita telah berjanji dengan Allah.

Bilamana kita menunaikan janji kita, kita akan beroleh pahala.
Pahala inilah yang kita hendak bawanya ke syurga dan bertemu Allah di sana nanti. Marilah sama-sama kita menunaikan bai’ah atau janji kita kepada Allah subhanahu wa ta’ala.

Kehadiran kita didalam jemaah ini bukan secara kebetulan tetapi satu kewajipan untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan dalaman ini akan hanya dapat dilaksanakan jika sekiranya urusan tarbiyah menjadi agenda utama setiap ahli. Tarbiyah hendaklah dilihat dalam aspek nya yang luas yang akan melahirkan pejuang dan bukan hanya sekadar pemidato. Tarbiyah akan melahirkan keyakinan bahawa apa yang sedang kita lakukan ini adalah merupakan satu jihad yang akan pasti menerima kemenangan diakhirat selain mencari kemenangan didunia. Jemaah yang kita dokongi ini adalah jemaah yang telah lima puluh tiga tahun menjalani proses berbagai untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perjuangannya. Kalau ada kekurangan, kita yang akan membaikinya. Kalau ada kelemahan kita yang akan memperkasakannya. Jemaah ini adalah milik kita untuk diajak pula mereka yang berada diluar sana
bersama dengan kita. Sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat allslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam. PAS telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan PAS telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan parti dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri.

No comments: