MOTIVASI AMILIN 21- Kurangkan hiburan yang merugikan masa kita - Astro

“Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(Al-An’am;162)


“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
(Al-‘Asr; 1-3)


"Do you know we are ruled by TV?"
(Tahukah kamu bahawa kita ini telah dijajah pemikiran oleh televisyen)
-- daripada petikan sajak ‘An American Prayer’ oleh Jim Morrison

"American children and adolescents spend 22 to 28 hours per week viewing television, more than any other activity except sleeping. By the age of 70 they will have spent 7 to 10 years of their lives watching TV."
(Kanak-kanak dan orang-orang dewasa di Amerika memperuntukkan masa sebanyak 22 ke 28 jam seminggu untuk menonton televisyen, melebihi aktiviti-aktiviti lain selain tidur. Pada umur 70 tahun, mereka telah memperuntukkan 7 ke 10 tahun daripada kehidupannya dengan menonton televisyen)
-- The Kaiser Family Foundation

"You watch television to turn your brain off and you work on your computer when you want to turn your brain on."
(Kamu mematikan akalmu dengan menghidupkan televisyen dan menghidupkan akalmu dengan bekerja di hadapan komputer)
-- Steve Jobs, co-founder of Apple Computer and Pixar, in Macworld Magazine, February 2004

"Protestant clergy named divorce, negative influences from the media, and materialism as the three greatest threats to families in their communities."
(Pemimpin gereja Protestant menamakan tiga musuh keluarga di dalam masyarakat mereka iaitu perceraian, pengaruh negative daripada media dan kebendaan )
-- daripada kajian Ellison Research terhadap 695 pengurus gereja Protestant di Amerika, Oktober 2004

Allah telah menetapkan kepada seluruh makhluknya di bumi bahawa dalam masa sehari, kita ada 24 jam. Dalam masa 24 jam sehari itulah kita ingin membuat macam-macam perkara harian kita seperti pergi bekerja, berehat, bermesra dengan keluarga, berhibur dan sebagainya. Dalam masa yang sesingkat itu jugalah masa yang perlu kita peruntukkan untuk Islam, dakwah dan jamaah. Tugasan yang begitu banyak ini semangnya tidak layak untuk masa yang sangat mencemburui itu. Maka, masa yang ada ini perlulah dimanfaatkan sepenuhnya demi Islam agama tercinta!
Adalah amat menyedihkan bilamana kita sebagai para amilin jamaah membuang waktu dengan aktiviti yang tidak membangunkan ummah. Masa yang sangat berharga umpama emas ini janganlah dipersia-siakan sewenang-wenangnya kerana ianya adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Di antara perkara atau perbuatan yang mencuri masa kebanyakan para petugas dakwah kita adalah televisyen. Sesungguhnya televisyen merupakan pencuri masa kita samada kita sedar atau tidak sedar. Waktu dua jam di depan televisyen seakan terasa seperti dua minit sahaja. Lebih-lebih lagi sekarang ini, mereka yang melanggan siaran televisyen berbayar seperti Astro. Adalah suatu perkara yang tidak layak bagi seorang pejuang Islam untuk membawa masuk dunia luar ke dalam rumahnya melalui siaran Astro. Memanglah tidak dinafikan ada sedikit sebanyak manfaat daripada langganan tersebut. Namun kemudharatannya lebih besar lagi terutamanya kepada anak-anak kita yang masih kecil yang menjadikan tivi itu sebagai guru mereka.
Cubalah kita dengar kata-kata yang di pertuturkan oleh anak-anak kita itu, kadangkala kata-kata yang mereka perkatakan itu, nadanya entah dari mana sumber yang kita pun tidak tahu. Sedarilah bahawa televisyen ini amat berperanan penting bagi jiwa mereka dan jiwa kita sebagai pejuang Islam. Kalau perlu 'delete' dari hidup kita, itu lebih baik. Kalau seandainya kita rasa 'benda' itu merupakan satu keperluan bagi kita, maka kawallah penggunaannya. Setakat mana boleh dikawal? Itu terpulanglah kepada diri kita sendiri. Kalau kita dapat mengawalnya untuk diri kita, bagaimana pula dengan anak-anak kita seandainya ‘remote control’ itu berada di tangan mereka. Kalau channel CNN atau Al-Jazeera atau Discovery Channel yang mereka tonton, eloklah. Tapi kita jangan lupa bahawa di tangan anak-anak kita itu adanya siaran Astro Ria, HBO, MTV dan macam-macam lagi adaaa…
Antara lain keburukan menonton televisyen ialah:-
Pada Disember 2007, antara 600 ke 700 kanak-kanak dan remaja telah dimasukkan ke hospital kerana kekejangan dan masalah mata kerana menonton siri kartun Pokemon.Menurut laporan para doktor di Tokyo, 1 daripada 4,000 penonton siri tersebut telah mengalami penyakit hypersensitif terhadap cahaya dan ‘berisiko tinggi’ apabila menonton televisyen. Ini adalah kerana siri kartun tersebut mempunyai terlalu banyak kerlipan cahaya yang memberi kesan kepada mata dan minda penonton khususnya kanak-kanak. Ini juga boleh membawa kepada epileptic type reaction (penyakit berkaitan sistem saraf)- laporan Luke Mariot
Menurut Dr. Thomas Mulholland dari Lunenburg, Massachusetts, para penonton televisyen akan menyebabkan otaknya menjadi lembab dan melumpuhkan pemikiran. Ini adalah kerana aktiviti menonton televisyen akan meningkatkan gelombang alpha yang menandakan bahawa aktiviti otak menurun.
Menurut Herbert Krugman daripada Advertising Research Foundation, seorang pakar dalam bidang pengiklanan menyatakan bahawa televisyen adalah senjata pengiklanan kerana ianya boleh memukau manusia. Ia boleh mewujudkan aktiviti “sleeping awake”. Mengapa orang boleh terpukau dengan televisyen? Krugmen telah mengeksplotasi ‘kuasa’ televisyen untuk membantu agensi pengiklanan. Dia menyatakan bahawa “apabila kita tiada pergerakan fizikal, akal atau otak akan berperanan”. (seumpama orang yang berdiam diri semasa solat, otaknya ber’jalan’ merata-rata). “Kamu tidak tidur dan tidak berjaga. Pada waktu tengahmalam, kamu menatap kaca tivi tetapi kamu tidak dapat mematikannya. Kamu duduk menatap iklan-iklan tivi tanpa berfikir tetapi kamu tidak mematikan televisyen.”
“Televisyen adalah cara paling senang, cepat dan murah untuk melupakan kita daripada keadaan atau masalah yang kita sedang hadapi didunia nyata” – pakar psikologi.
“Televisyen seumpama dadah, jauhkan diri daripadanya”- pekerja stesen TV di Amerika .
“ Itulah bahawa kerdipan merah,hijau dan biru yang ada dalam televisyen” – Ron Kaufman.
Televisyen mewujudkan Budaya Ketakutan dan Cemas. Kadangkala oleh kerana hendak menarik penonton, stesen-stesen televisyen telah menyajikan berita-berita yang menakutkan seperti pembunuhan, rompakan,penculikan, kes rogol dan sebagainya seolah-olah perkara tersebut berlaku di dalam rumah kita. Ini semua menyebabkan masyakat sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.
Televisyen memberi idea buruk kepada orang yang tidak tahu. Menurut kajian Michael Moore yang menghasilkan dokumentari ‘Bowling for Columbine’ menyatakan bahawa “Pada tahun 1998, 4 jenayah senjata api berlaku di New Zealand, 19 di Japan, 54 di England dan Wales, 57 di Australia, 66 di Switzerland, 151 di Canada, 373 di Germany and 11,798 di United States of America. Ini semua adalah kerana pengaruh media yang begitu kuat di Amerika.

(sumber: artikel oleh Ron Kaufman yang bertajuk ‘How Television Affects The Mind’ dan beberapa artikel lain)

Dan banyak lagi kesan-kesan negatif daripada menonton televisyen ini baik kepada anak-anak mahupun diri kita sebagai pejuang Islam ini. Kalau begitu keburukannya, maka apakah alternatifnya setelah sekian lama kita terkurung di dalam sangkar kaca tivi? Marilah kita sama-sama fikirkan.

No comments: